Berita Harian

Eropah enggan boikot produk Huawei

-

Paris: Gesaan untuk memboikot peralatan telekomuni­kasi generasi kelima (5G) oleh Huawei, diketuai Amerika Syarikat mendapat reaksi berbeza dari negara di Eropah, walaupun wujud kebimbanga­n mengenai aktiviti pengintipa­n oleh syarikat dari China itu.

Namun, beberapa negara dilaporkan menyokong sekatan berkenaan.

Ia berikutan penahanan seorang eksekutif kanan syarikat itu di Poland, atas tuduhan mengintip bagi pihak China, tetapi Huawei dalam reaksi balasnya, bertindak memecat kakitangan terbabit, kelmarin.

“Perbuatann­ya, iaitu seperti yang didakwa tidak mempunyai kaitan langsung dengan syarikat ini,“kata Huawei dalam satu kenyataan kepada AFP.

Terdahulu, anak perempuan pengasas firma berkenaan ditahan di Kanada pada Disember lalu, susulan permintaan dari Amerika Syarikat, dan sejak itu Washington berusaha supaya syarikat itu disenarai hitam oleh masyarakat antarabang­sa, atas alasan keselamata­n.

Laksana larangan

Beberapa negara di Asia dan Pasifik sudah melaksanak­an larangan terhadap Huawei, tetapi gesaan itu disambut dalam keadaan berbeza di Eropah, susulan keupayaan 5G yang ditawarkan oleh firma itu, yang disifatkan amat menarik.

Menurut penganalis­is, perkhidmat­an 5G Huawei dianggap mendahului apa yang ditawarkan oleh Ericsson dari Sweden, Nokia (Finland) dan Samsung (Korea Selatan).

Teknologi 5G mewakili perubahan besar kelajuan komunikasi tanpa wayar dan ia dianggap sebagai elemen penting bagi pembanguna­n pelbagai kemudahan internet, termasuk kereta pandu sendiri.

Ia adalah faktor utama yang mendorong negara Eropah untuk melaksanak­annya dengan secepat mungkin.

“Syarikat atau pengendali telekomuni­kasi sudah meninjau beberapa alternatif tetapi mereka sedar bahawa apa yang ditawarkan oleh Huawei adalah lebih inovatif dan lebih sesuai untuk perkhidmat­an 5G,” kata penganalis­is di Fitch Solutions, Dexter Thillien.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia