Berita Harian

Lima korban salji tebal

Ribut dijangka landa Washington

-

Ribut yang membawa salji tebal yang melanda rantau utara dan tengah Amerika Syarikat, dilaporkan sedang menuju ke Washington dan dilaporkan sekurang-kurangnya lima mangsa terkorban akibat nahas jalan raya, selain menyebabka­n pemandu kenderaan terkandas di Missouri serta pembatalan puluhan penerbanga­n.

Cuaca buruk, bermula sebagai hujan dari Mexico, sebelum bertukar kepada salji, kini diramal menjejaska­n kawasan seluas 2,900 kilometer di Amerika Syarikat, iaitu dari Colorado sehingga ke Atlantik tengah.

“Ribut terbabit turut menjejaska­n Kansas dan Missouri kelmarin selepas membadai negeri terbabit semalam, ketika ia bergerak ke sebahagian Iowa, Illinois, Indiana dan Ohio,” kata pakar kaji cuaca di Pusat Ramalan Cuaca Amerika Syarikat, Andrew Orrison.

Sementara di bandar ini, salji menyelubun­gi padang Stadium Arrowhead ketika perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan semalam, membabitka­n pasukan tempatan Chiefs dan Indianapol­is Colts.

Orrison berkata, ribut itu membawa salji paling tebal ke kawasan barat St. Louis, selepas kira-kira 45.72 sentimeter salji direkodkan, dan jumlahnya dilaporkan meningkat, semalam.

Jalan raya diliputi salji

Menurut peronda lebuh raya di kedua-dua negeri, sekurangku­rangnya lima maut akibat nahas berkaitan cuaca di jalan raya Missouri dan Kansas.

“Setiap jalan raya di Kansas berada dalam keadaan teruk ketika ini!” kata jurucakap Peronda Lebuh Raya Kansas, Tod Hileman di Twitter, semalam.

Dalam pada itu, puluhan penerbanga­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Lambert St. Louis, terpaksa dibatalkan dan ia disifatkan sebagai salji paling tebal selama bertahun susulan ribut salji terbesar.

Salji diramalkan terus melanda kawasan Pergununga­n Appalachia­n dan Atlantik pada tengah malam Sabtu dan pagi Ahad.

Di Washington, ketika banyak pejabat Kerajaan Persekutua­n ditutup berikutan penutupan operasi, Perkhidmat­an Cuaca Nasional menjangkak­an ia bakal menerima antara 15 hingga 20 sentimeter salji akibat ribut terbabit.

Kawasan tengah dan utara Virginia pula akan menerima sehingga 25.4 sentimeter salji di sesetengah kawasan, begitu juga Baltimore dan sebahagian Maryland.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Salji tebal melanda kawasan sekitar Stadium Arrowhead ketika perlawanan bola sepak Amerika antara pasukan Kansas City Chiefs dan Indianapol­is Colts.
[ FOTO AFP ] Salji tebal melanda kawasan sekitar Stadium Arrowhead ketika perlawanan bola sepak Amerika antara pasukan Kansas City Chiefs dan Indianapol­is Colts.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia