Berita Harian

Dua suspek serang sekolah ditembak mati

-

Bangkok: Dua pemisah dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tembakan bermotosik­al di sebuah sekolah di selatan Thailand, berjaya ditembak mati semalam.

Insiden itu menyebabka­n Tabung Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mengeluark­an amaran mengenai risiko trauma dihadapi pelajar yang berada hampir dengan lokasi kejadian itu.

Pertelagah­an yang bermula sejak 2004 antara Kerajaan Thailand dan pemisah Melayu Islam berkenaan sudah mengorbank­an hampir 7,000 mangsa, majoritiny­a orang awam.

Empat lelaki yang ditembak dalam insiden pada Khamis lalu kesemuanya beragama Islam, dan ketika kejadian mereka sedang berkawal di sebuah sekolah di wilayah Pattani, apabila penyerang menyerbu masuk sebelum waktu rehat.

Kejadian itu turut disaksikan pelajar yang berada beberapa meter dari kawasan itu.

Ditembak mati

Komander polis wilayah Pattani, Piyawat Chalermsri memberitah­u AFP semalam, dua individu yang dipercayai ada kaitan dengan insiden keganasan di sekolah itu berjaya dibunuh dalam kejadian tembakan pagi, semalam.

Walaupun tidak memberi maklumat mengenai identiti mereka atau kaitan, beliau berkata, pihaknya ‘yakin me- reka adalah kumpulan sama yang menjalanka­n serangan pada Khamis lalu’ dengan menunggang motosikal.

Pihak berkuasa turut menahan seorang suspek dan menyoal lima lain, sementara sumber tentera berkata, seorang budak lelaki lapan tahun cedera ringan akibat terkena serpihan peluru ketika serangan di sekolah.

Kelmarin, wakil UNICEF Thailand, Thomas Davin, berkata seorang murid yang menyaksika­n serangan di sebuah seko- lah di Ban Bukoh dilaporkan cedera akibat terkena serpihan peluru.

Laporan itu menimbulka­n kebimbanga­n kemungkina­n pelajar yang serangan terbabit mungkin berdepan trauma psikologi jangka panjang.

“Serangan ini bukan hanya meletakkan murid, guru dan kakitangan sekolah dalam keadaan bahaya, ia juga berisiko menyebabka­n murid sekolah cedera atau berdepan kematian,” katanya.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Anggota penyelamat membawa mayat sukarelawa­n yang ditembak mati puak pemisah di sebuah sekolah di Pattani, , baru-baru ini.
[ FOTO EPA ] Anggota penyelamat membawa mayat sukarelawa­n yang ditembak mati puak pemisah di sebuah sekolah di Pattani, , baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia