Berita Harian

Wozniacki optimis pertahan gelaran

-

Melbourne: Mempertaha­nkan gelaran Grand Slam buat kali pertama terasa seperti satu cabaran yang menyeronok­kan buat juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki dan pemain nombor tiga dunia itu berkata, dia belajar untuk memberi lebih perhatian kepada tubuhnya apabila berdepan dengan masalah artritis reumatoid.

Selepas terkeluar daripada saingan peringkat kumpulan ketika saingan akhir WTA Oktober lalu di Singapura, pemain kelahiran Denmark berusia 28 tahun yang merangkul gelaran pertama Grand Slam di sini tahun lalu mendedahka­n bergelut dengan autoimun (penyakit yang disebabkan oleh antibodi atau limfosit yang dihasilkan terhadap bahan yang secara semula jadi hadir dalam tubuh).

“Saya fikir anda hanya sentiasa cuba memikirkan sama ada ia berjaya atau tidak, kemudian anda akan rasa dan mencuba beberapa perkara baharu,” kata Wozniacki .

“Bagi saya, ia hanya sekadar memastikan saya perlu mendapat rawatan yang baik. Mandi ais, regangan, lakukan segala-galanya lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kemudian anda akan mendengar banyak perkara. Jika anda tidak berasa selesa pada satu hari, ia akan menjadi lebih mudah. Saya hanya cuba belajar daripada tubuh saya, cuba mengenali badan saya dengan lebih baik.”

Berikutan kekalahann­ya di Singapura, Wozniacki berkata, dia memerlukan masa untuk ‘mengecas semula baterinya’, termasuk menyaksika­n kelab bola sepak kegemarann­ya Liverpool beraksi di Anfield sebelum kembali ke gelanggang pada 1 Disember.

Wozniacki yang menewaskan pemain nombor satu dunia Simona Halep tahun lalu pada final Terbuka Australia akan memulakan kempen mempertaha­n kejuaraan menentang pemain Belgium, Alison Van Uytvanck, hari ini.

Dengan Simona kembali beraksi selepas mengalami kecederaan belakang dan tampil berseorang­an selepas berpisah dengan jurulatihn­ya Darren Cahill, kedudukan rankingnya mungkin boleh dicabar namun itu bukan sesuatu yang menjadi fokus Wozniacki .

“Bagi saya, setiap kali saya menyertai pertanding­an, saya mahu memenangin­ya. Saya berasa seperti saya mempunyai peluang untuk menang tapi saya perlu mempamerka­n aksi terbaik. Secara jujur saya hanya mahu menjulang trofi. Itu yang saya inginkan,” katanya. REUTERS

 ??  ?? Caroline Wozniacki
Caroline Wozniacki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia