Berita Harian

Maradona hadapi masalah hernia

-

Buenos Aires: Kapten bekas juara Piala Dunia Argentina, Diego Maradona semakin pulih di hospital semalam selepas menjalani pembedahan rutin kerana pendarahan dalaman, menurut peguamnya.

Bekas bintang Boca Juniors dan Napoli berusia 58 tahun itu didapati mengalami masalah itu awal bulan ini ketika pemeriksaa­n di hospital di Olivos, pinggir Buenos Aires.

Pembedahan semalam untuk menyekat pendarahan disebabkan hernia, tidak begitu menyukarka­n tetapi disasarkan untuk menyelesai­kan masalah ‘kurang selesa’ disebabkan isu itu.

Gaya hidup luar biasa

“Prosedur pembedahan Diego Maradona sudah berakhir,” kata peguamnya Matias Morla dalam laman Twitter. “Syukur kepada Tuhan semuanya berjalan sempurna.”

Maradona kerap dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun kebelakang­an, semuanya kerana gaya hidup luar biasa yang membantuny­a menjadi seorang daripada pemain paling diminati pada abad ke-20.

Beliau kali terakhir jatuh sakit pada Piala Dunia 2018 di Russia apabila pengsan di tempat duduk eksekutif ketika perlawanan ArgentinaN­igeria.

Maradona dibawa ke hospital pada 2004 kerana masalah jantung dan pernafasan disebabkan mengambil kokain. Beliau kemudian menjalani rawatan pemulihan dadah di Cuba dan Argentina sebelum pembedahan perut pada 2005 membantuny­a mengurangk­an berat badan.

Pada 2007, beliau ke klinik di sini untuk membantuny­a mengatasi masalah pengambila­n alkohol. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia