Berita Harian

Arsenal mula terasa bahang

-

London: Unai Emery tanpa berselindu­ng mengakui bimbang dengan prestasi Arsenal di tempat lawan selepas mengalami satu lagi kekalahan dengan terbaharu 1-0 di tangan West Ham United, kelmarin.

Jaringan minit ke-48 Declan Rice memastikan The Gunners gagal merakam sebarang kemenangan dalam lima aksi terakhir liga di tempat lawan - keputusan itu termasuk tiga kekalahan.

Malah, pasukan pelawat turut gagal menguji penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski di Stadium London dan Emery sedar barisan pemainnya perlu segera mencari penawar dalam mengubati masalah itu

Lebih kompetitif di gelanggang sendiri

“Ia amat mengecewak­an dan sangat membimbang­kan. Kami perlu lebih kompetitif di gelanggang sendiri mahupun lawan. Namun buat masa ini kami gagal mendapat keputusan sepatutnya di tempat lawan.

“Kami perlu melakukan lebih baik hari ini untuk mendapat keputusan. Jika lebih baik dalam tempoh 90 minit - lebih kompetitif dan berkualiti - pastinya kami mencapai kejayaan.

Kami banyak kehilangan bola di tengah padang. Kami berpeluang tampil lebih baik di babak kedua, tetapi jaringan mereka mengubah perlawanan. Mereka juga bertahan dengan baik,” katanya

Walaupun keputusan mengecewak­an, Emery belum benar-benar terdesak untuk menyuntik pemain baharu ke dalam skuadnya pada Januari ini.

“Kami mempunyai pemain yang bagus. Kami perlu terus bekerja keras dan meningkatk­an keyakinan,” kata Emery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia