Berita Harian

The Citizens akui Wolves liat

City tiada pilihan jika mahu terus bersaing

-

Pasukan Manchester City kendalian Pep Guardiola berdepan cabaran rumit di laman sendiri menentang Wolverhamp­ton Wanderers awal pagi esok waktu Malaysia dalam misi mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun permulaan tahun 2019 menyaksika­n skuad berkenaan sudah melupakan kemerosota­n mendadak aksi pada Disember lalu.

Ketika itu City tewas tiga kali dalam empat perlawanan liga termasuk dua kekalahan berturut-turut kepada Crystal Palace dan Leicester City selepas Chelsea menamatkan rekod tanpa kalah mereka pada 8 Disember. Bagaimanap­un kemenangan ke atas pendahulu liga Liverpool pada 3 Januari, menghangat­kan kembali suasana di Stadium Etihad yang sebelum ini sedikit suram akibat kehilangan khidmat Kevin De Bruyne akibat dibelenggu kecederaan.

Kemenagan besar

Dua kemenangan besar dalam saingan Piala FA dan Piala Liga – walaupun bertemu pasukan liga bawahan, Rotherham dan Burton Albion – membuktika­n ketajaman City yang membantu mereka memenangi liga musim lalu, kini kembali.

Walaupun hanya memulakan satu perlawanan liga musim ini, De Bruyne dijangka mengisi kesebelasa­n utama pada aksi menentang Wolves nanti.

Sergio Aguero juga akan kembali selepas direhatkan ketika kemenangan ke atas Liverpool dan kapten kelab, Vincent Kompany juga dijangka kembali cergas untuk menjaga benteng City.

Hanya kemenangan ke atas Wolves akan meletakkan City Pengendali Manchester City kekal di landasan untuk mempertaha­nkan kejuaraan dan merapatkan kembali jurang dengan Liverpool yang kini melebar kepada tujuh mata.

Namun skuad kendalian Nuno Espirito Santo tidak boleh dipandang rendah kerana mereka berjaya mengikat City 1-1 di babak pertama musim ini di Molineux dan pernah mencatat keputusan sama di Etihad dalam kancah Piala Liga musim lalu ketika masih bermain dalam Liga Kejuaraan.

Serangan balas

“Mereka cukup kuat dari segi fizikal, serangan balas, situasi bola mati. Bukan hanya seorang dua, terdapat tiga atau empat (pemain Wolves) dan apabila anda penat, mereka masukkan pemain baharu,” kata Guardiola mengenai ancaman yang bakal diberikan Wolves.

“Mereka bertahan dengan baik, mengawal banyak ruang – Moutinho, Neves, boleh meledak dari jauh. Mereka baru naik liga dan tampil dengan baik sekali.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia