Berita Harian

Tiada atlet Israel daftar Kejohanan Renang Para Dunia 2019

-

Kuala Lumpur: Biarpun kerajaan kekal dengan pendirian tidak membenarka­n atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching pada Ogos ini, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur mengesahka­n sehingga kini tiada perenang dari negara itu layak.

Naib Presiden MPM yang juga Ketua Pegawai Operasi (Teknikal) kejohanan, Datuk R Subramania­m, berkata pihaknya juga belum menerima maklumam kerajaan secara rasmi mengenai kejohanan yang akan berlangsun­g pada 29 Julai hingga 4 Ogos itu.

“Kita tak tahu lagi sama ada Israel datang atau tidak kerana kejohanan ini bukan semua boleh sertai. Hanya mereka yang melepasi kelayakan masa minimum ditetapkan boleh sertai. Buat masa sekarang ada 21 negara sudah buat pendaftara­n dan tempahan, tetapi Israel bukan satu daripadany­a, bukan dalam senarai itu,” katanya selepas pelancaran Larian Wheel, Walk and Fun Run sempena Hari OKU Sedunia peringkat kebangsaan dan Program Tambah Emas di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, semalam.

Subramania­m berkata, tarikh tutup penyertaan kejohanan itu akan berakhir pada 24 Jun ini.

Banyak melabur

Ketika ditanya sama ada MPM bercadang menarik diri daripada menganjurk­an kejohanan itu, Subramania­m berkata: “Tidak. Banyak persiapan sudah dilakukan dan proses menarik diri bukan dalam fikiran kami lagi pun kami sudah melabur banyak. Banyak usaha dan tenaga dilaburkan,” katanya.

Beliau berkata, bidaan untuk proses menganjurk­an kejohanan itu kepada Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa (IPC) terlebih dahulu mendapat persetujua­n Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan negara memperoleh hak penganjura­n pada September 2017.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pendirian Kabinet adalah jelas sama seperti disuarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu kekal dengan pendirian tidak membenarka­n atlet Israel bertanding dan bersedia jika hak penganjura­n kejohanan itu ditarik balik.

Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong itu adalah kali pertama bakal dianjurkan di benua Asia dengan kerajaan Sarawak membelanja­kan RM5 juta untuk menjadi tuan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia