Berita Harian

TPM ajak korporat bantu

Orang ramai diminta sokong inisiatif MPM kumpul dana awam

- Oleh Rohaniza Idris dan Jumiati Rosly

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta sektor korporat dan orang ramai menyokong usaha Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumpul dana awam bagi persiapan atlet paralimpik ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif itu perlu disokong kerana MPM menjalanka­n program mengumpul dana awam atas usaha sendiri kerana menyedari situasi semasa kerajaan yang berdepan sumber terhad.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada MPM atas segala usaha yang dibuat bagi mempromosi pergerakan sukan para di negara ini.

“Kerajaan sentiasa memberi sokongan dan menyediaka­n pelbagai sumber mengikut kemampuan untuk sentiasa menyokong pergerakan sukan para di Malaysia,” katanya ketika melancarka­n Larian Wheel, Walk and Fun Run sempena Sambutan Hari OKU (Orang Kurang Upaya) peringkat kebangsaan dan Program Tambah Emas di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Penaung MPM, Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPM, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Tambah emas

Program Tambah Emas yang menyasarka­n kutipan RM5 juta sehingga 2020 membolehka­n orang ramai menyumbang menerusi platform e-dompet di aplikasi Boost atau dalam laman web MPM.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sukan memberi peluang kepada golongan OKU untuk berani berusaha dan mencuba, bersemanga­t tinggi, bersosial dan menyerlahk­an keyakinan serta keupayaan diri.

“Saya juga sangat bersyukur kerana golongan OKU telah bangkit dengan gigih dan jaya untuk menghadapi pelbagai halangan dan rintangan, demi mencapai kecemerlan­gan dalam sukan sama ada dalam negara mahupun luar negara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Wan Azizah berkata, kementeria­nnya akan melaksanak­an beberapa program untuk OKU, termasuk pelaksanaa­n dua kajian yang menumpukan kepada peluang pekerjaan serta sistem sokongan bagi penjaga kepada golongan berkenaan.

Katanya, sehingga 31 Oktober lalu, 488,948 OKU sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang merangkumi 1.5 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia