Berita Harian

LTDL 2019 tetap diadakan Mac ini

-

Kuala Lumpur: Meskipun penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) belum diputuskan, jelajah berbasikal berprestij di Asia itu bakal diteruskan mengikut jadual ditetapkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tarikh tutup permohonan tender bagi menganjurk­an perlumbaan itu adalah hari ini.

“Kabinet sudah memutuskan untuk menganjurk­an LTDL dan kita akan teruskan tempoh tiga tahun (bagi penganjur). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad maklumkan untuk kita pastikan penonjolan identiti Pulau Langkawi dalam edisi kali ini,” katanya selepas pelancaran Larian Wheel, Walk and Fun Run sempena Hari OKU Sedunia peringkat kebangsaan dan Program Tambah Emas di Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini, semalam.

Kalendar UCI memaparkan edisi ke-24 LTDL dijadual berlangsun­g pada 24 hingga 31 Mac ini.

Kali terakhir Pulau Langkawi dimasukkan sebagai sebahagian daripada laluan perlumbaan adalah pada 2015 manakala tahun lalu hanya majlis pengenalan pasukan diadakan di situ.

Tempoh tiga tahun

Ketika ditanya cabaran tempoh masa pendek bagi penganjur kali ini, Syed Saddiq berkata: “Sebab itu dibincangk­an penganjur akan diberi tempoh tiga tahun dan bukan setahun. Maksudnya daripada segi penajaan itu mereka ada masa nanti.”

Syed Saddiq berkata setakat hari ini tiga syarikat yang sudah menghantar permohonan bagi menganjurk­an perlumban berstatus hors itu.

“Yang terbaik sahaja akan dapat (kontrak penganjura­n) nanti,” katanya.

Difahamkan, proses pemilihan penganjur akan dapat diketahui pada hujung bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia