Berita Harian

Bangkit selepas keluar BAM

V Shem-wee Kiong akhiri kemarau dua tahun di Bangkok selepas jadi pemain profesiona­l

- Oleh Fabian Peter

Selepas dua tahun kemarau kejuaraan, akhirnya beregu kebangsaan, Goh V Shem-tan Wee Kiong menarik nafas lega apabila muncul juara badminton Masters Thailand di Bangkok, semalam.

Kemenangan 21-13, 21-17 ke atas gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-yang Po Han itu sangat istimewa buat mereka berdua kerana ia adalah kejuaraan pertama diraih selepas menjadi pemain profesiona­l.

Selepas dikritik akibat prestasi buruk sepanjang dua tahun lalu di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), V Shem-wee Kiong boleh menghela nafas lega dan memandang ke depan untuk mencapai impian layak ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

V Shem-wee Kiong, yang meninggalk­an badan induk berkenaan bulan lalu, dilihat memiliki kelebihan dari segi penajaan selepas berjaya muncul juara.

Kekalkan kejuaraan

Sebelum itu, dalam saingan beregu campuran, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-goh Liu Ying, berjaya mengekalka­n kejuaraan yang diraih tahun lalu apabila mengalahka­n pilihan kedua, Dechapol Puavaranuk­roh-sapsiree Taerattana­chai dari Thailand 21-16, 21-15.

Apa yang berbeza berbanding tahun lalu ialah mereka tidak lagi di bawah naungan BAM selain bergerak secara profesiona­l.

“Sudah tentu kami gembira kerana dapat mengekalka­n kejuaraan ini. Ia juga sangat istimewa buat kami kerana ini adalah kejohana sulung tahun ini dan kami juga sekarang ini bergerak secara profesiona­l.

“Kami akan terus bergelut selepas ini kerana bukan mudah untuk bergerak secara sendiri namun kami sudah bersedia untuk berdepan,” kata Peng Soon.

Kedua-dua beregu negara itu berjaya meraih AS$11,850 (RM48,500) dan akan menyambung aksi di Masters Malaysia yang bermula esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia