Berita Harian

Acid tekad bangkit

- Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Musim lalu pertahanan kanan skuad Terengganu FC (TFC), Hasnizaidi Jamian lebih banyak menjadi ‘penonton’ berbanding beraksi kerana dibelenggu kecederaan hamstring yang hampir membunuh kariernya.

Bagaimanap­un peluang kedua diberikan barisan jurulatih skuad Penyu itu musim ini tidak akan dipersiaka­n pemain kelahiran Feldatengg­aroh, Johor itu untuk membantu pasukannya dalam mengharung­i kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Saya tidak mahu dilabel pemain yang banyak berehat daripada beraksi. Musim lalu saya tidak dapat bermain kerana masalah kecederaan hingga terpaksa berehat panjang.

“Selepas sembuh daripada kecederaan sudah pasti saya memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas sepenuhnya bagi disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama selain perlu bersaing dengan pemain lain.

“Justeru, apa yang saya idamkan semoga tahun ini saya bebas daripada sebarang kecederaan, sekali gus dapat membantu pasukan memburu trofi kejuaraan musim ini,” kata pemain yang lebih mesra dipanggil Acid itu kepada Sukan BH, semalam.

Musim lalu bekas pemain FELDA United itu hanya beraksi empat kali bersama naib juara Piala Malaysia musim lalu itu manakala selebihnya memanaskan bangku simpanan.

Semalam pemain berusia 29 tahun itu bersama rakan sepasukan bertolak ke Vietnam untuk aksi persahabat­an pramusim dengan tiga kelab di negara berkenaan iaitu Binh Duong pada 14 Januari, diikuti Truong Giang (16 Januari) dan Quang Ninh (17 Januari).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia