Berita Harian

KLFA berdepan pemotongan geran

-

Kuala Lumpur: Belum sempat meratapi kehilangan tonggak pertahanan, Syazwan Andik Ishak, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) kini kemungkina­n berdepan pemotongan geran tahunan susulan tunggakan gaji pemain.

Perkembang­an itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam semalam yang menjelaska­n sekatan terhadap pemberian geran tahunan kepada persatuan berkenaan dibuat berdasarka­n peruntukan peraturan sedia ada.

Beliau menegaskan pihaknya sentiasa konsisten dengan keputusan diambil sepanjang dua tahun lalu yang menyaksika­n badan pengendali liga itu pernah mengenakan denda dan memotong mata pasukan yang melanggar peraturan.

“MFL berhak menyekat pemberian geran tahunan kepada KLFA selaku pasukan Liga Super sebagai cagaran untuk mereka melangsaik­an segala hutang tertunggak.

“KLFA perlu membuktika­n semua bayaran sudah dibuat dan mematuhi dokumen diperlukan dalam pendaftara­n liga bagi membuktika­n KLFA mempunyai kewangan baik dan perancanga­n untuk kekal bersaing dalam kempen 2019 dengan jayanya.

Minta penjelasan

“MFL akan meminta penjelasan terperinci daripada KLFA dengan segera untuk dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sukan BH semalam.

Sebagai rekod, peraturan sama turut tertakluk kepada pendatang baharu Liga Perdana, Perlis yang dibenarkan beraksi dalam saingan divisyen dua itu, namun secara bersyarat.

Menerusi peruntukan sama, MFL menyekat pembayaran geran tahunan skuad Singa Utara itu†selagi mereka belum menjelaska­n tunggakan gaji dalam tempoh 60 hari daripada tarikh yang sudah ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia