Berita Harian

GPS mantapkan perjuangan tuntut hak Sarawak

KM yakin parti berupaya jadi platform utuh pertahan kepentinga­n

- Oleh Erika George

Penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dianggap tepat pada masanya dalam meneruskan kesinambun­gan perjuangan menuntut hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, GPS yang dinaungi empat parti komponen negeri berupaya menjadi platform utuh bagi mempertaha­nkan kepentinga­n negeri yang didakwa terhakis selama ini.

“Harapan besar kita untuk melihat GPS meneruskan usaha mengembali­kan hak dan kepentinga­n negeri di bawah MA63 yang dipelopori Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

Rakan kongsi

“Sarawak sebagai rakan kongsi yang menubuhkan Malaysia perlu diberikan layanan sewajarnya sebagai satu wilayah dan bukannya sebagai sebuah negeri semata-mata, ini yang akan kita terus perjuangka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif (PDP dan Penyerahan Bendera GPS di Dewan Suarah Bintulu, di sini semalam.

Selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan PDP, GPS turut dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Kita akan meneruskan tuntutan terhadap hak yang sepatutnya kita dapat selama ini mengikut lunas Perlembaga­an dan dalam masa sama, akan meneruskan agenda pembanguna­n bagi membela nasib semua kaum di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Presiden PBB, berkata apa yang pasti, sebagai sebuah komponen parti yang mesra Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri mempunyai hak dalam membuat perancanga­n sendiri yang memberikan manfaat kepada pembanguna­n sosioekono­minya tanpa bergantung kepada pihak luar.

Malah, beliau turut memberi jaminan bahawa urusan pentadbira­n serta pembanguna­n negeri selepas ini berjalan secara lancar tanpa sebarang halangan, sekali gus menjadikan Sarawak sebuah negeri yang kekal membangun mengikut ‘acuan sendiri’. Ketua Menteri Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia