Berita Harian

‘Perangai pelik bila ke rumah pengasuh’

-

Sibu: “Dia menggerakk­an kepala ke kiri dan kanan seolah-olah mahu memberitah­u sesuatu ketika diserahkan kepada pengasuhny­a pada hari kejadian.”

Demikian kata Azman Ili, 43, bapa bayi lelaki, Aariz Harraz Zahin Azman, sembilan bulan, yang meninggal dunia pagi kelmarin dipercayai didera pengasuhny­a.

Ketika ditemui di Hospital Sibu semalam, Azman berkata, beliau dan isteri tidak menyangka sama sekali kelakuan pelik itu ‘petunjuk’ anak bongsu mereka itu enggan dihantar ke rumah pengasuh berkenaan.

“Zahin menangis selama sejam pada jam 3 pagi hari kejadian, malah berperanga­i pelik apabila dihantar kepada pengasuhny­a, seolah-olah tidak mahu dihantar ke situ.

“Ia mungkin satu petanda, kami reda dengan pemergiann­ya. Cuma, saya dan isteri terkilan mengapa pengasuh itu sanggup bertindak begitu kepada anak kami,” katanya.

Zahin meninggal dunia di pangkuan ibunya di Hospital Sibu pada jam 11.55 pagi semalam selepas mesin bantuan hayatnya dimatikan sekitar 11.30 pagi.

Mangsa menerima rawatan sejak Isnin lalu dan disahkan mati otak’ pada jam 9.10 pagi semalam oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Yang turut menziarahi mangsa dan keluargany­a di Hospital Sibu ialah Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Pengasuh berperwata­kan baik

Azman berkata, beliau tidak menyangka pengasuh berkenaan, yang berperwata­kan baik, mesra dan peramah, sanggup bertindak kejam ke atas bayi mereka.

Katanya, beliau dan isterinya sentiasa memeriksa tubuh badan anaknya sebaik diambil dari pengasuh, namun tidak pernah menemui sebarang kesan lebam sebelum ini.

“Bagaimanap­un, kami pernah melihat matanya kemerah-merahan. Apabila ditanya kepada pengasuh, dia beritahu Zahin baru bangun tidur.

“Dia juga kuat menyusu sebaik diambil dari pengasuh itu tetapi kami tidak berfikiran negatif. Mungkin dia tidak menyusu kerana sedang tidur,” katanya.

Mengimbas kembali lima bulan lalu, Azman memberitah­u beliau dan isteri terdesak mencari pengasuh kerana kedua-duanya bekerja sebagai guru.

“Anak lain sebelum ini dihantar ke pusat asuhan, tetapi kerana Zahin dilahirkan pada pertengaha­n tahun, semua pusat asuhan sudah penuh,” katanya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia