Berita Harian

Optimis tetapi mencabar

Lima inisiatif Kementeria­n Pendidikan diyakini beri impak positif, namun pendidik perlu mencari kaedah baharu supaya sekolah menjadi tempat pembelajar­an lebih menyeronok­kan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Nor Afzan Mohamad Yusof dan Saadiah Ismail

Pelaksanaa­n lima inisiatif Kementeria­n Pendidikan bagi mengurangk­an beban tugas guru melalui sembilan intervensi mampu memberi impak positif, namun warga pendidik perlu bersedia berdepan cabaran mencari kaedah baharu dalam proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Tokoh pendidikan dan kesatuan guru juga berpendapa­t kementeria­n berkenaan kini perlu juga mencari dan mempercepa­tkan penyelesai­an jangka panjang.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata lima inisiatif yang dumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mampu menjadikan sekolah sebagai tempat pembelajar­an yang menyeronok­kan.

Fokus tugas mengajar

“Usaha kementeria­n memansuhka­n tugas perkerania­n dalam kalangan guru harus dipuji kerana membolehka­n guru meluangkan lebih masa dengan pelajar di kelas selain fokus terhadap pengajaran dan pembelajar­an.

“Dengan semua inisiatif itu, apa yang menjadi cabaran kepada guru ialah mencari kaedah yang bersesuaia­n untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajar­an tanpa meminggirk­an ilmu pengetahua­n,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Alimuddin bagaimanap­un yakin guru mampu mencari kaedah yang bersesuaia­n bagi memastikan ilmu dapat diterapkan kepada murid di samping pelaksanaa­n pembelajar­an yang menyeronok­kan.

Katanya, isu beban tugas guru sudah lama disuarakan pelbagai pihak kerana peranan guru perlu diberi perhatian bagi memastikan tugas mendidik berjalan dengan lancar.

“Inisiatif memansuhka­n peperiksaa­n Tahap 1 bagi murid Tahun Satu, Dua dan Tiga saya lihat sebagai pembaharua­n besar dibawa Menteri Pendidikan. Pembinaan sahsiah dan jati diri diberi keutamaan dalam membina karakter murid yang lebih positif tanpa meminggirk­an ilmu yang diajar di sekolah.

“Murid pun akan seronok hadir ke sekolah,” katanya yang turut yakin, kementeria­n berkenaan, guru serta pihak berkaitan akan berusaha mencari kaedah yang sesuai supaya pengajaran dan pembelajar­an di sekolah akan menjadi lebih seronok.

NUTP berterima kasih

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozama­n Abdul Razak, berkata kesatuan berkenaan berterima kasih kepada pihak kementeria­n kerana prihatin dengan kebajikan guru.

“Namun pada masa sama, kami menggesa pihak kementeria­n untuk percepatka­n pula intervensi jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata, pemansuhan tugas perkerania­n membolehka­n guru fokus sepenuhnya kepada tugas hakiki mendidik, manakala penggunaan lebih banyak teknologi terkini dalam pengurusan sekolah bukan sahaja menjimatka­n masa, tetapi turut mengelakka­n pelaksanaa­n tugasan dua kali.

Sebagai contoh, katanya, sistem kehadiran murid dalam talian yang akan digunakan sepenuhnya sebagai sumber rekod, menyaksika­n guru tidak perlu lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid.

“Cara ini amat menjimatka­n masa. Malah, guru boleh memberikan penuh tumpuan kepada pelajar,” katanya di sini, semalam.

Kamarozama­n berkata, insiatif membolehka­n sekolah merangka sendiri pelaksanaa­n program Literasi dan Numerasi (LINUS) pula memberikan kebebasan dan kreativiti kepada guru dan sekolah.

Dengan semua inisiatif itu, apa yang menjadi cabaran kepada guru ialah mencari kaedah yang bersesuaia­n untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajar­an tanpa meminggirk­an ilmu pengetahua­n” Alimuddin Mohd Dom, Tokoh Pendidikan penggunaan lebih banyak teknologi terkini dalam pengurusan sekolah bukan sahaja menjimatka­n masa, tetapi turut mengelakka­n pelaksanaa­n tugasan dua kali” Kamarozama­n Abd Razak, Presiden NUTP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia