Berita Harian

KANAK-KANAK DIJADIKAN TEBUSAN STABIL

Kanak-kanak berusia dua tahun stabil, masih dirawat di hospital

- Oleh Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Kanak-kanak berusia dua tahun yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki kelmarin, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas, untuk pemantauan.

Herna Hasim, 27, ibu kepada Nortissya Abdullah, berkata anaknya itu sudah boleh bercakap.

“Tengah malam tadi (malam kelmarin), dia meminta air kerana haus. Tetapi pagi tadi (semalam), ketika luka di lehernya diber- sihkan, dia mengadu sakit,” katanya.

Dalam kejadian di Taman Telipok Ria, Tuaran, kelmarin, suspek lelaki berusia 30-an melarikan mangsa yang sedang bermain di tingkat empat berhampira­n rumah mangsa lalu menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan di sebuah rumah di aras sama.

Suspek enggan serah mangsa

Selepas beberapa jam berunding, suspek enggan menyerahka­n mangsa dan beberapa kali mengacah-acah untuk mencampakk­an kanak-kanak itu dari bahagian dapur rumah di tingkat empat berkenaan sebelum ditembak mati oleh polis.

Mangsa yang cedera di leher kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Nafi spekulasi

Sementara itu, Herna menegaskan dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa lelaki yang menculik anaknya itu.

Kenyataan Herna itu sekali gus menafikan spekulasi yang tular di media sosial sejak kelmarin, kononnya suspek adalah bekas suaminya, selain ada portal berita melaporkan kononnya ia berpunca akibat perebutan penjagaan hak anak serta dendam.

Herna berkata, dia ada melihat suspek memegang Nortissya sambil mengacukan pisau di leher dan merayu supaya lelaki itu melepaskan anaknya.

“Ada yang kata, lelaki itu bekas suami saya dan kejadian itu disebabkan dendam hak penjagaan. Tetapi saya tidak kenal dan tak pernah jumpa. Saya tiada kaitan langsung dengan lelaki itu,” katanya kepada NSTP ketika mengulas dakwaan kononnya suspek adalah bekas suaminya.

Mengulas lanjut, Herna berkata, suspek yang mati ditembak polis itu bukan tinggal di kawasan Telipok Ria.

“Bagaimana lelaki itu dikatakan bekas suami saya padahal melihatnya pun tak pernah. Ini semua karut, saya tiada kena-mengena dengan suspek,” katanya.

Ada yang kata, lelaki itu bekas suami saya dan kejadian itu disebabkan dendam hak penjagaan. Tetapi saya tidak kenal dan tak pernah jumpa. Saya tiada kaitan langsung dengan lelaki itu” Herna Hasim, Ibu Nortissya

 ??  ??
 ?? [ FOTO IHSAN HERNA HASIM ] ?? Nortissya yang dijadikan tebusan dalam kejadian di Taman Telipok Ria kelmarin masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas.
[ FOTO IHSAN HERNA HASIM ] Nortissya yang dijadikan tebusan dalam kejadian di Taman Telipok Ria kelmarin masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia