Berita Harian

PENGERUSI/CEO DEDAH 12 ISU PUNCA PRESTASI SYARIKAT MEROSOT

Pengerusi kesan masalah selepas sertai agensi September 2017

- Oleh Azzman Abdul Jamal

FGV Holdings Bhd (FGV) mengenal pasti 12 isu yang menjadi punca kepada kemerosota­n prestasi syarikat itu dan perlu ditangani dengan segera.

Menerusi surat kepada pemegang saham yang difailkan kepada Bursa Malaysia, Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berkata masalah itu mula dikenal pasti selepas beliau dilantik menyertai syarikat itu pada 8 September 2017.

Beliau berkata, masalah utama adalah membabitka­n operasi apabila ia tidak diuruskan secara efektif dan efisyen, yang mana ia dicerminka­n menerusi prestasi lemah syarikat.

Malah, katanya, terdapat ketirisan operasi dan ketidakcek­apan dalam sistem yang menjejaska­n hingga jutaan ringgit setiap tahun dan ia menyumbang kepada prestasi kewangan yang lemah.

Selain itu, Azhar berkata, sejak syarikat itu disenarai pada pertengaha­n 2012, lebih separuh daripada ladang kumpulan mempunyai pokok sawit yang sudah tua disebabkan keputusan yang dibuat sebelum penyenarai­an untuk mengurangk­an kos dengan tidak menanam semula secukupnya.

Keputusan kurang bijak

“Ini adalah keputusan yang kurang bijak dan berterusan dalam tempoh beberapa tahun menyebabka­n profil umur pokok dalam ladang FGV berada di bawah paras optimal.

“Sejak disenarai, FGV komited untuk menanam semula bagi menggantik­an pokok sawit yang sudah lama. Namun begitu, terdapat tanah seluas 33,000 hektar yang mempunyai pokok melebihi 30 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berkata, hasil daripada penyenarai­an FGV juga semakin berkuranga­n dan tidak semua dilabur secara bijak.

“Penurunan sumber kewangan FGV sememangny­a jelas apabila pada suku ketiga 2018. FGV mencatat kerugian RM788 juta.

“Namun begitu, terdapat berita baik apabila masalah yang disenarai ini boleh diselesaik­an. Malah, kami turut menjangkak­an pulangan yang lebih baik pada tahun ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ketirisan operasi dan ketidakcek­apan menyebabka­n FGV rugi besar.
[FOTO HIASAN] Ketirisan operasi dan ketidakcek­apan menyebabka­n FGV rugi besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia