Berita Harian

PERSALINAN ISTIADAT SONGKET TENUNAN KHAS

-

Sultan Abdullah mementingk­an kesempurna­an berkaitan ukuran, potongan dan jahitan setiap pakaian yang ditempah” Rushdi Abdul Wahid, Pemilik Maya

Busana Tailor

Kuantan: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan mengenakan persalinan istiadat daripada kain songket lapan tenunan khas, sempena istiadat pemasyhura­n baginda sebagai Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Persalinan tempahan khas bagi istiadat itu dihasilkan oleh tukang jahit, Rushdi Abdul Wahid, 49, pemilik Maya Busana Tailor yang sudah berkhidmat dengan baginda hampir 20 tahun.

Rushdi berkata, kain songket tenunan khas bagi persalinan istiadat itu membabitka­n seluar, baju, samping, selempang, bengkung dan tengkolok dengan gaya helang menyusur, yang biasanya mengambil masa lebih seminggu untuk disiapkan.

Sultan Abdullah gemar rona hijau, ungu

“Baginda gemar warna dengan rona hijau dan ungu.

“Bulan lalu, baginda meminta saya mengadap, kerana mahu menempah beberapa helai baju Melayu dan kemeja kain tenun,” katanya yang gembira dengan pemasyhura­n Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang Keenam.

Rushdi yang berasal dari Alor Setar, Kedah, juga bertanggun­gjawab menyediaka­n persalinan untuk putera Sultan Abdullah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.

Utama kesempurna­an jahitan

Ketika ditemui di butiknya di Jalan Besar di sini semalam, beliau berkata, Sultan Abdullah mementingk­an kesempurna­an berkaitan ukuran, potongan dan jahitan setiap pakaian yang ditempah.

“Saya akan mengukur, memotong dan menjahit persalinan baginda dari mula sehingga selesai. Saya lakukan sendiri bagi memastikan baginda berpuas hati dan selesa memakainya.

“Saya menyimpan setiap ukuran dan potongan persalinan untuk baginda Sultan dan putera, selain Tengku Muda Pahang dan puteranya, Tengku Arif Temenggong dan juga Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Rushdi menunjukka­n persalinan yang akan dipakai Sultan Abdullah ketika ditemui di butiknya di Jalan Besar, Kuantan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Rushdi menunjukka­n persalinan yang akan dipakai Sultan Abdullah ketika ditemui di butiknya di Jalan Besar, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia