Berita Harian

Sistem saringan pengasuh kanak-kanak siap Mac

-

Kuala Lumpur: Sistem saringan dalam talian ke atas individu yang akan bekerja atau diambil bekerja bersama kanak-kanak dijangka siap Mac ini, sekali gus dapat mengelak risiko kanak-kanak menjadi mangsa penderaan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kementeria­n sedang membangunk­an sistem itu supaya kanak-kanak tidak terdedah kepada mana-mana individu yang berpotensi mendera.

Dengan sistem itu, katanya, kes penderaan oleh pengasuh juga boleh dielakkan serta memudahkan ibu bapa membuat semakan sebelum mengambil keputusan memilih untuk menghantar anak kepada pengasuh.

Kesan kanak-kanak didera

“Selain sistem itu, kementeria­n juga menyediaka­n infografik mengenai langkah mengesan kanak-kanak didera. Kejadian seumpama ini memang menyedihka­n.

“Dalam sesetengah kes, saya tahu kita tiada pilihan, tetapi terpaksa selektif bagi mengurangk­an risiko penderaan supaya ia tidak berulang ,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Revolusi Penyaringa­n Penghapusa­n Kanser Serviks (ROSE) di sini, semalam.

Difahamkan, sistem saringan secara dalam talian itu dibangunka­n bersama agensi berkaitan lain seperti mahkamah, polis dan Jabatan Penjara.

Beliau mengulas kes penderaan seorang bayi disyaki oleh pengasuhny­a di Taman Permai di Sibu, Sarawak sehingga menyebabka­n kematian, baru-baru ini.

Bayi malang itu, Aariz Harraz Zahin Azman yang berusia sembilan bulan, disahkan meninggal dunia apabila mesin sokongan hayatnya dihentikan pada jam 11.40 pagi kelmarin.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] ?? Wan Azizah selepas pelancaran ROSE di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] Wan Azizah selepas pelancaran ROSE di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia