Berita Harian

Kerajaan teruskan bantu industri tempatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menggalakk­an lebih banyak industri tempatan dan akan memberikan bantuan serta sokongan setakat yang mampu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pihak industri yang mendapat bantuan kerajaan perlulah berusaha sehingga bantuan daripada kerajaan tidak diperlukan lagi.

“Dengan itu bantuan yang diberi boleh diguna untuk memberi bantuan kepada industri yang lain,” katanya ketika merasmikan pelancaran produk silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) jenama ACGAS keluaran Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan mempunyai dasar memperluas­kan bidang industri di dalam negara.

Industri perlu sokongan rakyat

Katanya, untuk itu negara bukan sahaja hendakkan kepada pelabur tempatan mengeluark­an barangan, tetapi juga sokongan rakyat.

“Rakyat negara ini mesti sokong industri tempatan jika kita ingin melihat negara kita ini menjadi sebuah negara industri.

“Kita semua sedar bahawa negara industri mempunyai lebih banyak pulangan dan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Mengenai silinder komposit katanya, walaupun ia lebih ringan dan tidak akan meletup tetapi hakikatnya ia lebih mahal daripada silinder diperbuat daripada besi.

“Namun demikian kita berpendapa­t bahawa ada baiknya bagi negara kita jika diperkenal­kan silinder yang diperbuat daripada komposit ini,” katanya.

Beliau berharap, industri berkenaan akan mencapai kejayaan dan diterima baik masyarakat, sekali gus membendung pengaliran wang ke luar negara dengan menggunaka­n barangan diperbuat dalam negara sendiri.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an bahawa bahan buangan daripada komposit ataupun kaca gentian adalah satu masalah kerana ia tidak akan hilang.

Malah, katanya, ia akan kekal dan bertimbun-timbun jika tiada satu proses menjadikan bahan seperti itu digunakan untuk pembuatan barangan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia