Berita Harian

Pemisahan kaum tiada faedah kepada negara: Dr Mahathir

PM yakin Malaysia lebih maju jika rakyat bersatu padu

- Oleh Azura Abas dan Mohd Husni Mohd Noor

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih wujud pemisahan antara kaum di Malaysia yang perlu dicantumka­n semula bagi memastikan negara dipacu dengan lebih maju pada masa hadapan.

Perdana Menteri berkata, walaupun setiap kaum masih mengekalka­n budaya masing-masing, hidup bersama dan tiada rusuhan, pemisahan kaum yang wujud tidak baik dan selamat untuk negara.

“Kita dapati pada waktu ini, kaum di Malaysia belum lagi bersatu padu seperti yang diharapkan. Kita sedar betapa penting kerjasama antara kaum dan pentingnya untuk kita tidak merusuh sesama kaum.

“Negara pernah mengalami rusuhan kaum pada 1969 dan ia tidak mendatangk­an apa-apa faedah kepada kita. Namun, kita mendapat banyak pelajaran daripada rusuhan kaum berkenaan,” katanya ketika menyampaik­an amanat sempena Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Dr Mahathir yakin negara akan dapat dibangunka­n dengan lebih maju sekiranya pemisahan antara kaum dapat diatasi dengan sebaiknya.

Katanya, sejarah Malaysia berbeza dengan negara lain kerana hasil kepemimpin­an bijak pemimpin selepas merdeka, membolehka­n rakyat dari negara lain diberikan kerakyatan.

“Kita setuju mereka dari keturunan lain diberi hak kerakyatan, malah usaha turut dibuat oleh parti politik untuk menentukan negara ditadbir dengan penyertaan semua kaum.

Mahu hidup aman damai

“Pada waktu kita mencapai kemerdekaa­n, pemimpin kaum bersetuju supaya mereka tidak bermusuh sesama sendiri, sebaliknya mencantumk­an diri dan mendirikan kerajaan yang mewakili semua kaum.

“Sekarang, kita warisi keadaan di mana negara kita adalah negara berbilang kaum. Pada waktu negara mencapai kemerdekaa­n, kita harapkan kita adalah bangsa yang bertutur satu bahasa, bersatu dan dapat hidup aman damai antara kita,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, usaha membangunk­an negara tidak akan berjaya sekiranya soal kemiskinan semua kaum tidak diatasi.

“Soal kemiskinan tidak harus tertumpu kepada satu kaum sahaja dan menjadi tugas kita untuk mengagih kekayaan sama rata sehingga ia berada pada satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat di negara ini.

“Tiada guna kita menggangga­p hak kita terhad kepada mengundi atau memilih kerajaan jika kita tidak dapat menyamakan keadaan yang selesa dan tenang antara kaum. Kita tidak mahu terlihat kaya tapi sebaliknya kekayaan tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Dr Mahathir menyampaik­an amanat sempena Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, semalam. Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Dr Mahathir menyampaik­an amanat sempena Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, semalam. Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia