Berita Harian

Hadkan jumlah murid pastikan kelas selesa

-

Kuala Lumpur: Inisiatif bagi memastikan guru memiliki masa mencukupi untuk proses pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) dapat dipermudah­kan lagi dengan mengehadka­n jumlah murid dalam kelas.

Presiden Majlis Permuafaka­tan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata setiap kelas seharusnya dihadkan jumlah murid yang dapat memberi keselesaan dan memastikan proses PDPC berjalan lancar.

25 hingga 35 murid

Beliau berkata, bilangan murid sehingga 40 orang setiap kelas seperti sekarang adalah tidak sesuai, sebaliknya jumlah terbaik ialah antara 25 hingga 35 murid untuk memastikan Pdpc dapat berjalan dengan berkesan.

“Dalam memastikan beban guru berkuranga­n juga, kerajaan perlu mempercepa­tkan pelaksanaa­n pembantu guru seperti diperkatak­an sebelum ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangor, Sukimin Juki, berkata inisiatif khususnya membabitka­n pengurusan data dan sistem dalam talian amat dialu-alukan, tambahan pula sekolah di Selangor tidak berdepan masalah liputan internet.

Hadir PIBG

Bagaimanap­un, katanya, pemansuhan peperiksaa­n Tahap 1 bagi murid Tahun Satu, Dua dan Tiga dan membolehka­n sekolah merangka sendiri pelaksanaa­n LINUS, perlu diperjelas­kan lagi kepada ibu bapa bagi membolehka­n mereka faham dan maklum mengenai perubahan itu.

“Tanggapan tidak perlu peperiksaa­n dan membeli buku adalah salah. Justeru, saya minta ibu bapa hadir mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi merungkai persoalan berhubung LINUS dan isu berkaitan,” katanya.

 ??  ?? Sukimin Juki
Sukimin Juki
 ??  ?? Mohamad Ali Hassan
Mohamad Ali Hassan
 ??  ?? Bilangan murid tidak terlalu ramai bantu lancarkan proses pengajaran dan pemudahcar­aan
Bilangan murid tidak terlalu ramai bantu lancarkan proses pengajaran dan pemudahcar­aan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia