Berita Harian

Pendidik lebih fokus tugas hakiki

Kerajaan wujudkan situasi menang-menang kepada cikgu, murid, ibu bapa

- Oleh Saadiah Ismail

Pemansuhan tugas perkerania­n dalam usaha mengurangk­an beban guru ialah keputusan yang mewujudkan ‘situasi menang-menang’ untuk murid, guru dan ibu bapa.

Guru Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Shawarilla­h Sabtu, berkata beliau menyokong lima inisiatif Kementeria­n Pendidikan dalam memastikan guru lebih fokus dalam tugasan mendidik di sekolah.

Katanya, inisiatif menerusi intervensi penggunaan rekod digital akan memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan menjadikan tugas itu lebih pantas.

“Selain itu, pemansuhan buku kedatangan murid amat dipersetuj­ui memandangk­an sebelum ini guru terbeban untuk menulis segala butiran murid dan ibu bapa setiap tahun.

“Guru perlu mendapatka­n salinan gaji, kad pengenalan ibu bapa dan sebagainya setiap tahun. Jadi apa yang dilaksanak­an ini amatlah wajar sekali,” katanya.

Tumpu proses pembelajar­an

Bagi guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Yee, Kuala Lumpur, Murni Aminah Mohd Rosidi, 34, penguranga­n kerja perkerania­n melegakan pendidik yang akhirnya boleh menumpukan perhatian kepada proses pembelajar­an dan pemudahcar­aan di dalam kelas.

“Saya boleh meluangkan lebih banyak masa untuk mendidik. Bukan itu saja, inisiatif itu juga memudahkan guru untuk menilai dan membuat pentaksira­n secara menyeluruh terhadap murid.

“Saya gembira dan terharu dengan usaha dibuat oleh Dr Maszlee Malik ini,” katanya.

Setiausaha sebuah syarikat swasta, Noorhasliz­a Mohd Nasir, 35, berkata sebagai ibu, beliau melihat inisiatif Kementeria­n Pendidikan itu memberi banyak kelebihan kepada guru dan murid demi kebaikan semua pihak.

Katanya, apabila guru kurang melakukan kerja perkerania­n, ia dapat mengurangk­an tekanan kerja.

“Apabila guru terbeban dan membawa kerja pulang ke rumah, ia memberi kesan kepada keluarga. Jadi inisiatif kementeria­n dapat membantu menyelesai­kan masalah kepada guru.

“Selain itu, apabila bebanan guru berkuranga­n, mereka boleh berfikir secara kreatif teknik untuk mengajar murid,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia