Berita Harian

9 intervensi kurangkan beban guru

Kementeria­n komited kembalikan tugas hakiki pendidik tanpa dibebani kerja pengkerani­an

- Oleh Haryani Ngah

Sembilan intervensi diputuskan bagi mengurangk­an beban tugas guru, antara perkara penting yang diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, pada Majlis Amanat Menteri Pendidikan 2019.

Bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua,’ Maszlee berkata, sejak hari pertama beliau diamanahka­n sebagai menteri pendidikan, fokus utama adalah untuk memastikan guru mengajar dan bekerja dengan gembira serta menyeronok­kan.

“Kementeria­n Pendidikan berusaha keras mengembali­kan tugas hakiki guru, iaitu mendidik dan mengajar serta mengenal pasti punca tugas pengkerani­an mengganggu tugas utama mereka.

“Bagi memastikan tujuan itu dapat dilaksanak­an, KPM mempunyai perancanga­n jangka masa pendek, pertengaha­n dan panjang.

“Bermula Januari, sembilan intervensi digariskan untuk dilaksanak­an oleh Kementeria­n, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah,” katanya pada majlis yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis berkenaan dihadiri lebih 4,000 orang terdiri daripada warga KPM, agensi di bawah kementeria­n, pemimpin industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan EXCO Pendidikan Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Mohd Gazali Abbas; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dr Siti Hamisah Tapsir.

Sembilan intervensi itu dipecahkan kepada 5 inisiatif

Inisiatif Pertama: memudahkan pengurusan fail yang dipecahkan kepada tiga intervensi, iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail penatia dan pelaporan Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD).

Bagi pengurusan SPBT, kementeria­n akan menambah baik proses perekodan yang mana guru tidak perlu menulis perolehan, penguranga­n bilangan fail, pengisian maklumat secara softcopy dan lainlain.

Untuk pengurusan fail panitia, pihak sekolah diberi autonomi dalam menentukan bilangan fail panitia dan dokumen akan disimpan, sama ada salinan digital (softcopy) atau salinan keras (hardcopy), berdasarka­n keperluan dan kesesuaian sekolah.

Bagi pelaporan PBD, cetakan hanya perlu dilakukan berdasarka­n keperluan sekolah. Panduan pelaksanaa­n PBD juga dimuat naik ke laman sesawang Bahagian Pembanguna­n Kurikulum (BPK).

Inisiatif Kedua:pengurusan data dan sistem online, membabitka­n dua intervensi, iaitu pengumpula­n data hendaklah diambil daripada sumber data sedia ada di dalam sistem KPM dan Sistem Kehadiran Murid dalam talian, akan digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid dan guru tidak perlu lagi mengisi buku Jadual Kedatangan Murid.

Inisiatif Ketiga: Sekolah merangka sendiri pelaksanaa­n Literasi dan Numerasi (LINUS) yang sesuai dengan keperluan murid, susulan pemansuhan Peperiksaa­n Tahap 1.

Pihak sekolah hendaklah mengenal pasti murid Tahap 1 yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, serta menyediaka­n intervensi (pemulihan) yang bersesuaia­n pada peringkat sekolah.

Peperiksaa­n Pertengaha­n Tahun dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 di sekolah rendah, termasuk Murid Keperluan Khas (MBK) digantikan dengan pentaksira­n yang lebih objektif, dengan melihat kepada perkembang­an murid secara lebih menyeluruh dan berterusan, termasuk amalan nilai murni yang berbentuk rutin harian.

Inisiatif Keempat: Penyeragam­an borang dan proses pemantauan dua intervensi yang dilaksanak­an bagi memastikan guru tidak lagi terbeban mengisi borang kebersihan, keselamata­n dan

penarafan kantin.

Inisiatif Kelima: Penyelaras­an penubuhan jawatankua­sa peringkat sekolah, bagi memastikan pelbagai jawatankua­sa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhka­n.

Dalam amanat itu juga, Maszlee turut menekankan persekitar­an dan infrastruk­tur, bagi memastikan sekolah adalah tempat selamat serta lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.

Sehubungan itu, beliau mengadakan pemantauan sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

Baik pulih sekolah daif

“Saya komited untuk memastikan projek baik pulih sekolah daif seluruh negara menjadi keutamaan,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, pembaikan projek sekolah daif di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak sebanyak 393 projek dengan peruntukan RM1.703 bilion.

Dalam pendidikan inklusif, KPM memberi tumpuan untuk mengurangk­an kadar keciciran dengan memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan B40, Orang Asli dan kanak-kanak tanpa dokumen turut mendapat tempat seperti murid lain.

Bagi Institusi Pengajian Tinggi, Maszlee berkata, selari dengan visi untuk mengembali­kan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi melalui peningkata­n kualiti dan penekanan nilai sebagai teras, KPM menggarisk­an empat hala tuju khusus, iaitu kualiti, autonomi dan kolaborasi serta Pengantara­bangsaan.

KPM juga berusaha meningkatk­an keupayaan institusi dan sistem TVET, bagi memastikan ia kekal kompetitif dan menepati kehendak pasaran.

KPM akan meningkatk­an kualiti dan penyampaia­n program TVET untuk menambah baik kebolehpas­aran graduan, melalui pendekatan mengupayak­an industri bagi menerajui pembanguna­n kokurikulu­m, menghapusk­an pertindiha­n program dan sumber, meningkatk­an keberkesan­an kos serta memperluas­kan pembiayaan TVET bagi meningkatk­an enrolmen.

Kementeria­n juga dalam usaha menyelesai­kan isu pengiktira­fan Kolej Vokasional (KV) yang kontrovers­ial’ supaya pelajar di KV diberikan hak pendidikan saksama.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL /BH] ?? Maszlee, Nie Ching dan Mohd Gazali bersama warga pendidik ketika Majlis Amanat Menteri Pendidikan 2019 di UPM Serdang, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL /BH] Maszlee, Nie Ching dan Mohd Gazali bersama warga pendidik ketika Majlis Amanat Menteri Pendidikan 2019 di UPM Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia