Berita Harian

Bukti hasrat kerajaan kurangi beban rakyat

Langkah galak, pupuk budaya pematuhan bayar cukai

-

Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) membuktika­n hasrat kerajaan untuk mengurangk­an beban rakyat menerusi sistem pencukaian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah.

Program yang diumumkan kerajaan pada November tahun lalu itu memberi tawaran kepada pembayar cukai supaya hadir ke LHDN dan membuat pengakuan sukarela ke atas pendapatan yang tidak dilaporkan atau perbelanja­an terlebih tuntut untuk tujuan pencukaian negara.

“Kerajaan mahu menggalakk­an dan memupuk budaya pematuhan membayar cukai secara sukarela, dan tawaran ini adalah permulaan kepada usaha untuk mencapai matlamat itu,” katanya ketika berucap pada sesi dialog KPMG bersama LHDN di sini semalam.

Menerusi PKPS, pengakuan sukarela bagi pendapatan tidak dilaporkan yang dibuat bermula 3 November 2018 hingga 31 Mac 2019 hanya akan dikenakan 10 peratus penalti daripada jumlah cukai perlu dibayar, manakala pengakuan daripada 1 April hingga 30 Jun tahun ini, dikenakan penalti sebanyak 15 peratus daripada jumlah cukai perlu dibayar.

Kadar penalti sebanyak 80 peratus hingga 300 peratus akan dikenakan selepas tempoh program khas itu berakhir pada 30 Jun ini.

Penguranga­n kadar penalti semasa tempoh PKPS itu akan memberi dorongan kepada pembayar cukai untuk lebih prihatin dalam urusan pencukaian mereka, kata Sabin.

Sasar sejuta pembayar cukai

Menerusi program itu, LHDN menyasarka­n untuk mencapai sekurang-kurangnya sejuta pembayar cukai dengan anggaran kutipan RM10 bilion.

“Saya ambil maklum terdapat ketidakpas­tian yang timbul berhubung pelaksanaa­n PKPS, termasuk isu kepercayaa­n ke atas sebahagian pembayar cukai. Saya mahu menegaskan mengenai pentingnya perkara ini.

“Asas sistem pencukaian Malaysia adalah berdasarka­n kepercayaa­n. Inilah semangat di sebalik penilaian kendiri sebarang sistem pencukaian terkawal,” katanya sambil menambah bahawa LHDN memainkan peranannya dan kini PKPS memberi peluang kepada pembayar cukai untuk mempercaya­i lembaga itu.

Beliau memberi jaminan bahawa sebarang pengakuan sukarela oleh pembayar cukai dalam tempoh lapan bulan akan diterima LHDN dengan suci hati.

“Kami tidak akan mempersoal­kan perkara yang paling pokok dan dan akan menilai urusan pencukaian anda seperti yang diisytihar­kan. Tiada soalan akan ditanya, tiada alasan yang diperlukan.

“Saya juga memberi jaminan, pengakuan anda dan maklumat yang disediakan akan dianggap sulit di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia tidak akan dimaklumka­n atau diketahui oleh pihak ketiga,” katanya.

Kerajaan mahu menggalakk­an dan memupuk budaya pematuhan membayar cukai secara sukarela, dan tawaran ini adalah permulaan kepada usaha untuk mencapai matlamat itu” Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia