Berita Harian

Kesultanan Pahang antara kerajaan terawal

-

Mungkin ada menyangka Pahang yang ditubuhkan kurang 150 tahun dahulu adalah sebuah kerajaan baharu. Penilaian ini boleh berlaku jika sekadar melandaska­n perisytiha­ran pada 11 Januari lalu bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dipilih sebagai Sultan Pahang Keenam. Dari sudut sejarah, Pahang sebenarnya antara kerajaan awal di Tanah Melayu.

Pengarang Arab bernama Mas’udi menulis pada

943, dalam bukunya berjudul Muruj al-dhahab mengisahka­n: “Di laut Kanderang ramai orang-nya, termasok-lah orang2 yang disebut Fanjab yang berambut ikal dan berbentok badan yang ganjil rupa-nya.

“Mereka menggunaka­n perahu2 kecil dan datang mengelilin­gi sa-barang kapal2 yang tiba ka-tempat mereka dan mereka melepaskan (memanahkan) sajenis anak panah yang ganjil dan berachun.

“Di-antara tempat orang2 ini dengan negeri Kalah ada-lah lombong2 timah dan gunong2 yang mengandung­i perak. Ada juga lombong2 emas dan timah hitam yang jarang2 di-bongkar mengeluark­an-nya.”

Ahli sejarah merumuskan ‘Fanjab’ dalam tulisan Arab itu dimaksudka­n ‘Panghang’ atau ‘Panhang’, menyerupai sebutan ‘P’eng-h’eng’ oleh sumber China, iaitu Pahang mengikut ejaan hari ini (Buyong Adil, 1972).

Kenyataan di atas menunjukka­n, Pahang sudah masyhur dengan pengeluara­n emas, perak dan timah seawal abad ke-10. Sebelum Empayar Kesultanan Melayu Melaka didirikan pada awal kurun ke-15, Pahang di bawah Empayar Melayu Srivijaya.

Menurut Godinho de Eradia (1613), Pahang adalah Kerajaan Melayu kedua menggantik­an Pattani di Tanah Melayu. Raja Pahang ialah Raja Melayu dan kerajaanny­a menghasilk­an mutu emas terbaik dan pengeluar terbesar di Tanah Melayu, sebelum Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Pada 1456, ketika Pura (Pekan pada hari ini) ditewaskan Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Raja Pahang bergelar Maharaja Dewa Sura. Anakanda Maharaja Dewa Sura bernama Puteri Wanang, kemudian memeluk Islam dan diperister­ikan oleh Sultan Mansor Shah Melaka, lalu digelar Puteri Lela Wangsa.

Kedudukan Pahang dalam Empayar Kesultanan Melayu Melaka amat istimewa kerana sungguhpun berada di bawah empayar itu, pemerintah­nya bergelar Sultan.

Hukum Kanun Melaka

Hal ini berlaku pada 1470 apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah dengan Puteri Lela Wangsa, diangkat menjadi Sultan Pahang bergelar Sultan Muhammad Shah, menggantik­an wakil baginda, Dato’ Seri Bija Diraja.

Sebagai wilayah dalam Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Hukum Kanun Melaka adalah perlembaga­an bertulis bagi Kerajaan Pahang di bawah pemerintah­an Sultan Muhammad Shah.

Selepas kota Melaka ditawan Portugis, perhubunga­n Kesultanan Pahang dengan pewaris Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berkerajaa­n di Johor terus erat, malah saling bekerjasam­a untuk mengambil balik kota Melaka.

Pemerintah­an Empayar Kesultanan Melayu Melaka di Johor dikenali Kesultanan Johor-riau Lingga. Pada zaman pemerintah­an Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah selaku Sultan Pahang Ke-12 (15921614), baginda memasyhurk­an Hukum Kanun Pahang.

Kelangsung­an Hukum Kanun Melaka dapat dilihat dalam Hukum Kanun Pahang, yang mengekalka­n sumber perundanga­n Islam dan adat Melayu dalam sistem politik.

Kedudukan Islam dalam sistem undang-undangnya diperuntuk­kan Fasal 66 Hukum Kanun Pahang (versi Winstedt & Kempe) yang mempunyai persamaan dengan penutup Risalah Hoekoem Kanoen Oendang-oendang Melaka (Van Ronkel 1919).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia