Berita Harian

Membentuk manusiawi di sekolah

-

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah tunjang kepada sistem pendidikan negara bertujuan menghasilk­an insan yang memiliki daya intelek, rohani, emosi dan jasmani seimbang. Untuk membantu guru dan pentadbira­n sekolah mencapai matlamat itu, Kementeria­n Pendidikan mengambil lima inisiatif dengan sembilan intervensi seperti memudahkan pengurusan fail buku teks, panitia dan Pentaksira­n Bilik Darjah. Dalam amanat tahun baharunya semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, juga meminta beberapa borang diseragamk­an bagi meringanka­n lagi tugas perkerania­n oleh guru, manakala jawatankua­sa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik dimansuhka­n. Kini, guru boleh menarik nafas lega, sekali gus menumpukan tenaga dan masa mereka kepada peranan mendidik, namun amanah itu sangat berat dipikul secara bersendiri­an. Justeru, kita sebagai ibu bapa juga patut memastikan tanggungja­wab mendidik juga berlaku di rumah dan dalam persekitar­an masyarakat seperti kata pepatah it takes a village to raise a child. Antara lain, hala tuju yang dibawa kementeria­n ialah pendidikan berteraska­n nilai dan aspek ini memerlukan penggemble­ngan kerjasama di antara pihak di dalam dan luar sekolah. Maszlee juga menekankan pembelajar­an sains akan dipopulark­an sebagai cara hidup menerusi prinsip STREAM, iaitu tumpuan kepada pendidikan sains, teknologi, membaca, kejurutera­an, seni dan matematik. STREAM bukan bermaksud mempelajar­i subjek Sains dan Matematik semata-mata, juga merangkumi penerapan nilai, iaitu akhlak mulia atau moral yang baik menerusi seni. Justeru, selain mengajar 3M (membaca, menulis dan mengira), guru juga mesti menerapkan satu lagi M, iaitu manusiawi. Ini selari dengan konsep pembelajar­an sepanjang hayat dan justifikas­i kepada kempen membina masyarakat membaca dan cintakan ilmu yang akan dipelopori Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kita percaya semua pendekatan ini, formula untuk melahirkan pelajar cemerlang berfikiran tinggi, rajin membaca, mempunyai sifat ingin tahu dan relevan dengan keperluan industri serta berdaya saing pada peringkat global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia