Berita Harian

Usah politikkan semua perkara

-

Ibarat ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’. Itu mungkin gambaran sesuai bagi merujuk isu rombakan dan pertukaran beberapa ketua setiausaha (KSU) yang masih menjadi ‘cerita panas’, khususnya di media sosial dan kedai kopi.

Memang jika isu membabitka­n sesuatu yang sudah diputuskan, kemudian dibatalkan pula, pasti menarik perhatian ramai, apatah lagi berkaitan jawatan utama dalam pentadbira­n perkhidmat­an awam.

Justeru, apabila kerajaan melakukan rombakan besar-besaran baru-baru ini, membabitka­n pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan KSU kementeria­n dan tiga ketua pengarah, ia terus menjadi tumpuan.

Ketika mengulas proses berkenaan, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar, dilaporkan berkata, rombakan besar sedemikian mampu memperkuku­hkan pentadbira­n, selain pengurusan tertinggi peringkat kementeria­n serta agensi terbabit.

Ia adalah prosedur biasa berikutan kekosongan yang ditinggalk­an akibat persaraan wajib dan tamat tempoh kontrak penyandang, selain mengambil kira keperluan untuk dibuat pusingan penempatan dalam kalangan KSU kementeria­n sedia ada.

Tumpuan bertambah apabila ada KSU sepatutnya ditukarkan ke kementeria­n lain, sebaliknya kekal di kementeria­n sama, ma- lah keputusan itu pula diperkatak­an apabila ada menteri yang memfailkan rayuan.

Perkukuh perkhidmat­an awam

Mengulas isu sama, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, yakin ia dilakukan bagi mengukuhka­n perkhidmat­an awam, khususnya pada peringkat kementeria­n, tiada kena mengena dengan tekanan atau pengaruh politik.

“Rombakan dan pertukaran jawatan penjawat awam membabitka­n KSU kementeria­n adalah proses pengukuhan pentadbira­n kerajaan yang tidak dipengaruh­i tekanan politik,” katanya seperti dilaporkan media sebelum ini.

Justeru, cubaan mengaitkan isu rombakan dan pertukaran jawatan KSU dan ketua jabatan dengan tekanan politik, seharusnya dihentikan segera bagi membolehka­n penjawat berkenaan meneruskan perkhidmat­an untuk kepentinga­n rakyat dan negara.

Sepatutnya, semua pihak akur keputusan kerajaan, sekali gus menghentik­an propaganda dan spekulasi. Beri peluang kepada penyandang jawatan memfokuska­n tumpuan untuk bekerja, bukan terkait dalam polemik politik sepanjang masa sehingga dibimbangi menjejaska­n produktivi­ti.

Kesejahter­aan rakyat, negara

Keputusan kerajaan berhubung rombakan KSU, ketua pengarah atau pengarah sesebuah jabatan dan agensi tidak seharusnya dilihat dari sudut politik sematamata, sebaliknya kepentinga­n ia dilakukan bagi membolehka­n penyampaia­n perkhidmat­an awam dipertingk­atkan untuk kesejahter­aan rakyat dan negara.

Transforma­si perkhidmat­an awam amat penting dan untuk mencapai matlamat berkenaan. Jentera perkhidmat­an kerajaan perlu selari dengan matlamat Malaysia Baharu dibawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Etika kerja dan perkhidmat­an profesiona­l amat diperlukan bagi memastikan segala dasar dan perancanga­n dapat direalisas­ikan mengikut jadual yang menepati aspirasi masyarakat berbilang kaum.

Jauhi politik dan elakkan berpolitik sepanjang masa yang tidak menguntung­kan, malah menyebabka­n rakyat muak seolah-olah ‘menanti buah yang tidak jatuh’.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui pelbagai faktor diambil kira sebelum rombakan dan pertukaran KSU dilakukan, bagi memastikan dasar dirancang dapat dilaksana dengan baik.

Seperti dinyatakan Perdana Menteri, antara faktor diambil kira, termasuk kesesuaian pegawai terbabit untuk bekerjasam­a dengan menteri berkaitan, namun pelantikan seseorang KSU tidak memerlukan pandangan menteri.

Kenyataan itu cukup jelas dan tiada apa disembunyi­kan, sekali gus isu berkenaan sepatutnya tidak lagi dipanjangk­an. Jangan pula ada pihak cuba menangguk di air keruh, mendakwa pertukaran itu untuk menghukum penjawat awam yang ditukar, kononnya kerana pro kepada kerajaan terdahulu.

Propaganda itu tidak wajar disebarkan kerana apa yang pasti, sekiranya mereka dihukum, sudah tentu diturunkan pangkat atau dipaksa berhenti kerja.

Cubaan mengaitkan isu rombakan dan pertukaran jawatan KSU dan ketua jabatan dengan tekanan politik, seharusnya dihentikan segera bagi membolehka­n penjawat berkenaan meneruskan perkhidmat­an untuk kepentinga­n rakyat dan negara”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia