Berita Harian

Susur galur dinasti Bendahara Johor

-

Peruntukan sama termaktub dalam titah Sultan Abdul Ghaffur Mohayu al-din Shah, dalam pembukaan Kanun Pahang (versi Manuskrip Muzium Pahang) seperti berikut:

“Adapun kemudian dari itu telah mengucap syukur aku akan kurnianya yang telah lalu dan yang lagi akan datang. Bahawa dijadikan-nya kiranya aku daripada umat kekasihnya dan umat penghulu segala rasul-nya yang dititahnya ia membawa segala firman-nya dan menghukumk­annya segala syariat nabi yang terdahulu itu dengan berbuat adil serta melakukan amar bilma’ruf wa nahiya al-munkar, maka jadi terang segala alam ini dengan cahaya agamanya.

Sejahtera atasnya dan atas segala keluargany­a dan segala sahabatnya dan segala umatnya. Syahadan maka dijadikan-nya pula antara segala makhluk-nya raja-raja; seperti firman-nya Yang Maha Tinggi: Inni jaa’ilun fi al-ardzi khalifah. Haza fi ar-risalati yahkumu al-qanun fil- burhani – fa al-malki al-kabir wa alwazir. Amma ba’du.”

Krisis dasar luar

Selepas 1613, Kesultanan Johor Riau Lingga berada di bawah pengaruh Aceh akibat krisis dasar luar kedua-dua kerajaan negeri Melayu itu terhadap Portugis di Kota Melaka dan Belanda.

Krisis juga membabitka­n Pahang dan reda buat sementara pada 1637 apabila Raja Mughal, putera kepada Sultan Ahmad (1590-1592), iaitu Sultan Pahang Ke-11, dilantik sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani.

Pada 1637, Sultan Abdul Jalil Shah III mengisytih­arkan Pahang di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-riau Lingga.

Apabila Sultan Mahmud II (Marhum Kota Lama) mangkat pada 1699 tanpa zuriat, Orangorang Besar Kesultanan Johorriau Lingga-pahang mengangkat Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor (Dinasti Bendahara) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Salasilah Kesultanan Pahang Moden pada hari ini bersusur galur daripada dinasti Bendahara Johor seperti diperihalk­an di atas. Pahang diletakkan di bawah pemerintah­an Bendahara bermula 1770 apabila Temenggong Tun Abdul Majid, iaitu anak Bendahara Tun Abbas diangkat sebagai Bendahara bagi Pahang.

Pemerintah­an selepas Bendahara Tun Abdul Majid

Pemerintah­an Pahang selepas Bendahara Tun Abdul Majid diwarisi Bendahara Tun Muhammad, Bendahara Tun Koris, Bendahara Wan Ali bergelar Bendahara Seri Wak Raja, Bendahara Wan Mutahir dan Bendahara Wan Ahmad.

Anakanda Bendahara Seri Wak Raja, Wan Ahmad diangkat Bendahara Raja Pemerintah Pahang oleh Orang-orang Besar Pahang pada Jun 1863.

Pada 6 Ogos 1882, Bendahara Wan Ahmad diusulkan pembesar baginda untuk memakai gelaran Sultan Pahang, sekali gus menjadi Sultan Pahang pertama dalam Kesultanan Pahang Moden. Gelaran baginda adalah Sultan Ahmad Almuadzam Shah.

Pada 1909, Sultan Ahmad Almuadzam Shah turun takhta dan melantik anakanda baginda, Tengku Long Mahmud sebagai Sultan Pahang Kedua bergelar Sultan Mahmud Shah.

Pemerintah Kerajaan Pahang selepas itu adalah Sultan Abdullah Al-mu’tasim Billah Shah, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-muadzam Shah, Sultan Haji Ahmad Shah Almusta’in Billah dan Tengku Mahkota Abdullah yang bakal dimasyhurk­an gelaran baginda pada 15 Januari ini.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 11 Januari 2019.
Keratan akhbar BH 11 Januari 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia