Berita Harian

Puas hati persiapan majlis

Sultan Abdullah, Tengku Puan Pahang luang masa tinjau raptai

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Laungan tiga kali ‘Allahu Akbar’ dan Daulat Tuanku akan mengiringi istiadat pemasyhura­n Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebagai Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, bertitah beliau berpuas hati dengan persiapan majlis bersejarah itu.

Beliau turut hadir menyaksika­n majlis raptai istiadat pemasyhura­n Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar, semalam yang bermula jam 3 petang.

Malah, persiapan terakhir majlis yang dikelola pegawai dan petugas Istana Abu Bakar turut menarik perhatian Sultan Abdullah dan isterinya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, yang berkenan meninjau persediaan terakhir yang diatur.

Luang masa satu jam

Baginda dan isteri tiba ke istana pada jam 4.45 petang dan meluangkan masa hampir satu jam, menyaksika­n persiapan terakhir istiadat pemasyhura­n.

Turut berangkat adinda baginda, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah, anakanda dan kerabat diraja.

Tengku Abdul Rahman juga bertitah, kira-kira 1,500 tetamu dijangka hadir dengan 800 daripadany­a akan berada di Balairung Seri Istana Abu Bakar, bagi menyaksika­n majlis bersejarah itu.

Baginda memaklumka­n, tetamu dalam kalangan kerabat diraja Pahang, orang kenamaan, ketua jabatan dan rakyat Pahang akan menyaksika­n majlis pemasyhura­n penuh istiadat itu.

“Semua sudah siap sedia, insyaallah semua selamat semoga (majlis) esok (hari ini) dirahmati dan diberkati Allah SWT.

“Seingat saya (istiadat) pemasyhura­n ini berlangsun­g dahulu lebih 40 tahun, sudah jadi adat.

Lebih 40 tahun

“Selalunya ia (diadakan) selepas kemangkata­n (Sultan Pahang terdahulu), jadi kita kena ‘readjust’ (atur kembali), tetapi Alhamdulil­lah, semua berjalan lancar,” katanya.

Tengku Abdul Rahman turut mengesahka­n bahawa Paduka Ayahandany­a, Sultan Ahmad Shah tidak dapat berangkat pada istiadat pemasyhura­n.

Sultan Abdullah dimasyhurk­an sebagai Sultan Pahang keenam selepas 30 Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bermesyuar­at di Kuala Lumpur, Jumaat lalu, sebulat suara bersetuju berkuat kuasa sertamerta.

Istiadat pemasyhura­n itu juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] ?? Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan meninjau persediaan terakhir yang diatur sambil diiringi Tengku Abdul Rahman di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan meninjau persediaan terakhir yang diatur sambil diiringi Tengku Abdul Rahman di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia