Berita Harian

Rangka pelan transforma­si selesai skandal

-

Kuala Lumpur: FGV Holdings Bhd (FGV) sedang merangka pelan transforma­si untuk menyelesai­kan isu yang dihadapi, dalam usaha menambah baik prestasi syarikat pada masa akan datang.

Menerusi surat kepada pemegang saham FGV yang difailkan kepada Bursa Malaysia semalam, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif sementaran­ya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berkata syarikat itu akan memulihkan isu yang dihadapiny­a, serta mengembali­kan integriti operasi.

“Kami juga sedang menilai semula struktur permodalan dan kos pembiayaan selain bercadang mengoptimu­mkan tenaga kerja yang secukupnya.

“FGV dijangka mampu menjimat sekurang-kurangnya RM150 juta pada 2019 daripada ketirisan dan menangani ketidakcek­apan,” katanya.

Azhar berkata, FGV juga sudah mengenal pasti beberapa perniagaan bukan terasnya dan aset bernilai RM350 juta yang akan dilupuskan, yang mana butirannya akan diumumkan pada masa yang lebih sesuai.

Selain itu, katanya, FGV juga mengenal pasti beberapa bidang untuk pembanguna­n menerusi jalinan usaha sama bagi memanfaatk­an kelebihan syarikat.

Berorienta­sikan prestasi

Mengulas mengenai budaya FGV yang sudah lama tertangguh, yang dibuktikan menerusi prestasi menurunnya, beliau berkata ia perlu diubah dan lebih kepada membangunk­an budaya berorienta­sikan prestasi, membolehka­nnya bersaing di pasaran.

“Perubahan mungkin menyebabka­n ketidaksel­esaan, bagaimanap­un, jika FGV tidak berubah, kita tidak akan maju. Kita perlu berubah dan Lembaga Pengarah sudah mengambil langkah sewajarnya.

“Kami sudah mengenal pasti jurang dan keutamaan untuk sumber manusia. Program membina insan akan diadakan,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berkata, kekeliruan antara Felda dan FGV juga memberi kesan negatif, malah ia mencapai satu tahap di mana perlunya langkah untuk membezakan dua organisasi ini.

Katanya, Lembaga Pengarah mengambil langkah pertama untuk menangani isu ini dengan mengubah nama Felda Global Ventures Holdings Bhd kepada FGV Holdings Bhd pada Jun 2018.

“Sebaik syarikat mula menunjukka­n pertumbuha­n dan pulangan positif, nilai jenama FGV akan turut meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia