Berita Harian

‘PH tak pernah beli undi’

Pengerusi parti tegaskan kerajaan tidak beri tetapi sedia bantuan untuk rakyat

-

Oleh Syed Umar Ariff, Nasaruddin Mohd

Parzi, Rizanizam Abdul Hamid, Sharaani Ismail, TN Alagesh dan

Nik Sukry Ramli

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Pakatan Harapan (PH) yang diketuainy­a, tidak pernah memberi wang untuk meraih undi rakyat.

Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri berkata, kerajaan PH hanya menyediaka­n bantuan kewangan bagi membantu rakyat.

Semua dapat bantuan

“PH tidak pernah bagi duit kepada sesiapa. Kalau sesuatu duit itu dah kerajaan punya, dia bagilah (bantuan kewangan). Itu semua orang dapat,” katanya kepada media selepas melancarka­n silinder gas komposit gas petroleum cecair (LPG) keluaran Astana City Group Sdn Bhd, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai gambar yang tersebar di media sosial menunjukka­n seorang wanita memakai baju dengan logo PH, didakwa mengagihka­n wang kepada sekumpulan individu ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, semalam.

Susulan itu, Barisan Nasional (BN) turut membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menggesa siasatan lanjut dilakukan, termasuk menyoal siasat individu yang terbabit.

Di Putrajaya, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakatan berkenaan berupaya menjadikan Cameron Highlands lebih baik jika diberi mandat pada PRK 26 Januari ini.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) semalam, katanya, pakatan berkenaan mempunyai kapasiti dan sumber yang lebih kukuh bagi membangunk­an Cameron Highlands ke arah lebih baik.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau juga mengetahui masalah dan isu di kawasan pelanconga­n itu dan yakin PH mampu melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab yang lebih baik berbanding BN.

“Cameron Highlands adalah produk pelanconga­n, namun ada banyak perkara yang boleh ditawarkan. Jadi, saya rasa lebih banyak lagi kita (PH) boleh lakukan di situ.

“Jika calon kita menang PRK itu, pasti beliau akan terus promosi Cameron Highlands menjadi lebih baik daripada sekadar produk pelanconga­n sedia ada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia