Berita Harian

TI-M gesa awasi calon, ejen ketika berkempen

-

Kuala Lumpur: Transparen­cy Internatio­nal-malaysia (TI-M) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap calon atau ejen masing-masing yang didapati ‘membeli undi’ sewaktu berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Presiden TI-M, Datuk Seri Akhbar Satar, berkata Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis juga perlu mengawasi calon serta ejen bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya.

Katanya, perhatian khusus mesti diberikan terhadap aktiviti yang dianggap sebagai perbelanja­an undi dan tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (EOA), Akta SPRM 2009 atau kesalahan jenayah.

Anjur jamuan makan

“Sebelum pencalonan dan kempen rasmi bermula di Cameron Highlands lagi, SPRM mendedahka­n wujud dakwaan rasuah. Antaranya menganjurk­an jamuan makan dan menyampaik­an sumbangan kepada orang ramai yang mana ia salah di bawah EOA,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Akhbar berkata, perubahan kerajaan sejak Mei 2018 seolah-olah tidak membawa perubahan yang diharapkan dalam cara parti politik menjalanka­n kempen pilihan raya.

Oktober lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) merekodkan 10 jenis kesalahan dan salah laku pada PRK Port Dickson, malah turut dikesan pada PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong tahun lalu.

Tindakan cepat jika ada laporan, bukti

Akhbar berkata, sementara menunggu undang-undang sedia ada diperkukuh­kan, pihak berkaitan termasuk SPR dan agensi penguatkua­saan boleh mengambil tindakan tegas dan cepat jika menerima laporan disertakan bukti kukuh.

Katanya, kenyataan Ahli Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad berhubung jawatan dan gaji Tok Batin yang diancam dipecat dan disekat jika tidak menyokong PH juga dilihat melanggar peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Undang-undang berkaitan, terutama berunsur rasuah sewaktu kempen pilihan raya mesti dikuatkuas­a dan diperkasak­an secara adil ke atas semua pihak. Jika tidak, kredibilit­i SPR, agensi penguatkua­saan dan proses pilihan raya akan dipertikai­kan,” katanya.

 ??  ?? Akhbar Satar
Akhbar Satar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia