Berita Harian

Penduduk minta YB baharu lihat masalah laluan sempit

Jalan tidak lagi mampu tampung jumlah kenderaan

-

Laluan sempit ditambah pula dengan jumlah kenderaan terlalu banyak, sering mengakibat­kan perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit dari Tringkap ke Brinchang, boleh mencecah satu jam pada cuti umum.

Ia antara masalah lapuk perlu diselesaik­an Ahli Parlimen baharu kawasan tanah tinggi ini apabila dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini.

Pemandu lori, R Manikam, 38, yang sering berulang-alik ke pusat peranginan itu mengangkut sayur-sayuran, berkata kesesakan lalu lintas di pekan Brinchang sudah berlarutan sekian lama dan belum ada pihak dilihat bersungguh-sungguh menyelesai­kan masalah terbabit.

"Ini bukan masalah baharu, sudah lama dan terus berulang setiap kali musim cuti umum atau cuti sekolah. Laluan sedia ada sempit dan tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang datang ke kawasan Tanah Rata hingga pekan Cameron Highlands setiap kali cuti.

Terperangk­ap 2 jam

“Saya pernah terperangk­ap dalam kesesakan selama dua jam untuk jarak perjalanan hanya lima kilometer ketika musim cuti persekolah­an beberapa tahun lalu dan ia sangat menyusahka­n kami,” katanya.

Manikam berkata, walaupun kerajaan negeri sudah meminta kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Daerah Cameron Highlands membantu melancarka­n aliran trafik, ia hanyalah penyelesai­an jangka pendek.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Melot, Ngeset Kembok, 65, berkata kebanyakan perkampung­an Orang Asli di daerah itu masih belum mempunyai jalan raya yang sempurna, selain berdepan masalah bekalan air bersih.

“Banyak lagi kampung Orang Asli yang tidak ada kemudahan asas, jalan raya pun tidak dibina dengan baik, bekalan air bersih tiada. Ramai yang masih mengharapk­an air sungai untuk kegunaan harian mereka.

“Sekarang ini, banyak wabak penyakit dibawa atau disebarkan melalui air, kalau terus macam ini susahlah. Penyakit kencing tikus pun mudah tersebar melalui air yang tidak bersih. Kami minta semua masalah ini diselesaik­an secepat mungkin.

“Sekarang musim PRK, ramai orang datang dan janji macammacam. Kalau boleh, jangan setakat buat janji saja. Kalau nak menang, tunjukkan kesungguha­n untuk selesaikan semua masalah kami,'” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia