Berita Harian

‘Kerajaan Persekutua­n tiada kuasa campur tangan’

-

Lipis: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, janji pihak tertentu untuk memberi geran dan meluluskan permohonan tanah dikemukaka­n penduduk atau menyelesai­kan isu tuntutan dan cukai tanah di kawasan Parlimen Cameron Highlands, adalah satu pembohonga­n.

Katanya, Kerajaan Persekutua­n tiada kuasa mencampuri urusan tanah di Pahang, sebaliknya semua hal berkaitan pindah milik dan penukaran status tanah tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Semua urusan berkaitan tanah di Pahang tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan kita ada Kanun Tanah Negara yang tidak membabitka­n kuasa kerajaan Pusat,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Calon Barisan Nasional (BN) di Kampung Tanjung Gahai, dekat sini semalam.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, Pakatan Harapan (PH) akan menabur pelbagai janji dalam tempoh kempen bagi mendapat undi.

“Ini biasalah, ketika berkempen semua nak buat janji. Akhirnya, kita (BN) harap pengundi buat keputusan tepat dan tidak termakan dengan janji yang mereka (PH) buat. Macam kes tanah inilah juga, bagaimana mereka (PH) nak selesaikan.

“Kalau kerajaan Pusat nak buat bangunan di Pahang pun kena dapatkan kebenaran daripada kami (kerajaan negeri), takkanlah mereka boleh selesaikan isu milikan tanah tanpa kerjasama kerajaan Pahang,” katanya.

Terima sambutan baik

Sementara itu, calon BN, Ramli Mohd Nor yang turut hadir pada majlis sama, mengakui terkejut dengan sambutan baik yang diterima daripada pengundi Melayu dan Orang Asli di Cameron Highlands, terutama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang diwakili Wan Rosdy sendiri.

“Saya agak teruja dan terkejut dengan sambutan diterima ketika berkempen di kawasan Melayu dan Orang Asli. Mereka menerima saya dengan baik dan saya boleh janjikan kepada mereka bahawa suara dan luahan mereka akan kedengaran di Parlimen jika saya menang,” katanya ketika ditemui media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia