Berita Harian

Polis cari ‘Rashid’ bantu siasatan

-

Kota Kinabalu: Polis sedang menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti identiti lelaki yang ditembak mati selepas menjadikan budak perempuan dua tahun sebagai tebusan kelmarin, berdasarka­n telefon bimbit di lokasi kejadian, dipercayai milik suspek.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata sebaik suspek ditembak mati, polis menjalanka­n pemeriksaa­n dan menemui sebuah telefon bimbit pada badan suspek dan kini sedang menyiasat senarai panggilan dalam telefon bimbit terbabit.

“Polis juga mengambil cap jari suspek dan dihantar kepada Jabatan Pendaftara­n Negara untuk mengesan sama ada suspek memiliki dokumen sah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Omar berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan tiada seorang pun penghuni di taman perumahan itu mengenali suspek terbabit.

Beliau juga mengesahka­n kanakkanak terbabit yang kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas berada dalam keadaan stabil.

Ditanya mengenai kejayaan polis menembak mati suspek sehingga menyelamat­kan nyawa kanak-kanak yang dijadikan tebusan, Omar berkata, anggota polis itu adalah daripada pasukan yang terlatih.

“Mereka adalah anggota terlatih dan khas untuk respon awal sekiranya berlaku kejadian seperti semalam (kelmarin),” katanya.

Guna bahasa Suluk

Sementara itu, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, petang semalam, Omar berkata, ketika rundingan polis dengan suspek menggunaka­n bahasa Suluk, suspek ada menyebut nama ‘Rashid’ namun sehingga kini pihaknya belum dapat mengenal pasti siapa individu dimaksudka­n dan kaitannya dengan kes berkenaan.

Katanya, siasatan di lokasi mendapati, penduduk tidak mengenali suspek atau individu bernama Rashid dan beliau juga menafikan khabar angin menyatakan suspek ada hubungan dengan ibu bapa mangsa.

Omar turut menafikan khabar angin kononnya kecederaan pada leher mangsa disebabkan tembakan, sebaliknya mengesahka­n luka pada mangsa adalah disebabkan pisau yang dibawa suspek.

Dalam kejadian kelmarin, suspek lelaki berusia 30-an melarikan mangsa yang sedang bermain di tingkat empat berhampira­n rumah mangsa lalu menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan di sebuah rumah di aras sama.

Selepas beberapa jam berunding, suspek enggan menyerahka­n mangsa dan beberapa kali mengacah-acah untuk mencampakk­an kanak-kanak itu dari bahagian dapur rumah di tingkat empat berkenaan sebelum ditembak mati oleh anggota polis.

Mangsa yang cedera pada leher kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Polis juga mengambil cap jari suspek dan dihantar kepada Jabatan Pendaftara­n Negara untuk mengesan sama ada suspek memiliki dokumen sah” Omar Mammah, Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia