Berita Harian

3 pegawai antara direman empat hari kes rasuah RM23J

-

Kuantan: Lima individu, termasuk tiga pegawai syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n projek bernilai RM23 juta.

Semua suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun terbabit tiba di Mahkamah Majistret, di sini, semalam pada jam 9.15 pagi, selepas ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Syarifah Nor Syuhada Tuan Mamat hingga Khamis ini, selepas membenarka­n permohonan SPRM yang dibuat Penguasany­a, Muhammed Fiqrun Md Talip.

Semua mereka direman mengikut Seksyen 16 (b) (A) dan Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Mengikut fakta kes, lima suspek terbabit ditahan antara jam 3.50 petang hingga 10.40 malam kelmarin, selepas hadir ke Pejabat SPRM Pahang untuk diambil keterangan.

Semua mereka ditahan selepas dipercayai bersekongk­ol dengan tujuh suspek yang ditahan pada Khamis lalu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan syarikat pengurusan air itu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang.

Mohon sambung reman

Sementara itu, SPRM turut mengemukak­an permohonan sambung reman terhadap tujuh individu yang direman empat hari bermula Jumaat lalu, kepada Syarifah Nor Syuhada yang kemudian membenarka­n sambungan reman tiga hari terhadap semua suspek.

Semua suspek berusia 30-an hingga 60 tahun yang diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar, Zamri Idrus dan Datuk Davis Yee Fei Churn, disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Media sebelum ini melaporkan satu lagi badan pengurusan air di negara ini turut dicemari skandal rasuah selepas skandal sama dibongkar SPRM membabitka­n Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) beberapa tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia