Berita Harian

5 das tembakan ragut nyawa kontraktor

-

Georgetown: Seorang kontraktor pembinaan mati ditembak ketika berbual dengan enam individu lain di kawasan parkir Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, Mohammad Nazrulhisy­am Mohamed Meera, 27, maut di lokasi terbabit dengan kesan lima das tembakan pada anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata ketika kejadian mangsa bersama lima rakan dan seorang bapa saudaranya sedang bersembang di tingkat G kawasan parkir flat berkenaan.

“Kemudian, sebuah motosikal berwarna hitam ditunggang dua lelaki berkulit gelap dikatakan datang dari arah belakang dan berhenti di belakang mangsa.

“Seorang lelaki didakwa turun dari motosikal itu sebelum terus melepaskan tembakan ke arah mangsa dan terkena kepala serta badannya.

Jarak tiga meter

“Semua rakan dan bapa saudaranya juga gagal mengenal pasti nombor pendaftara­n motosikal terbabit kerana lari menyelamat­kan diri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Che Zaimani berkata, siasatan awal mendapati jarak suspek utama ketika menembak mangsa ialah tiga meter.

Katanya, suspek juga didakwa memakai pakaian serba hitam dan helmet berwarna hitam dengan penutup penuh.

Beliau berkata, semakan turut mendapati mangsa ada rekod dua kes jenayah lampau.

 ??  ?? Mohammad Nazrulhisy­am
Mohammad Nazrulhisy­am

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia