Berita Harian

ROS perintah batal pendaftara­n MYPPP

Pertubuhan berdepan krisis kepemimpin­an apabila dua kem dakwa terajui parti

- Oleh Shaarani Ismail, Mohd Nasaruddin Parzi dan Suhaila Shahrul Annuar

Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) mengeluark­an notis perintah pembatalan MYPPP berkuat kuasa, semalam.

Sumber ROS mengesahka­n, notis perintah itu dikeluarka­n oleh Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.

Notis perintah itu berdasarka­n Akta Pertubuhan 1966 Perintah Pembatalan Seksyen 13 (1) (c) (ix).

“Oleh itu diperintah­kan pendaftara­n pertubuhan yang namanya tersebut adalah dibatalkan mulai dari tarikh perintah ini (14 Januari 2019),” antara tulisan pada notis perintah itu.

Notis perintah itu dialamatka­n kepada Tan Sri M Kayveas, Datuk Seri Maglin Dennis D’cruz, Jabatan Insolvensi Malaysia, Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

MYPPP sebelum ini berdepan krisis kepemimpin­an, apabila terdapat dua kem yang mendakwa menerajui parti berkenaan.

Satu kem diterajui Kayveas sebelum ini menyatakan sokongan parti itu kepada Pakatan Harapan (PH) selepas bertindak keluar Barisan Nasional (BN) susulan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14), manakala satu lagi kem diterajui Maglin Dennis yang mendakwa parti itu mesra kepada BN.

Sementara itu, Maglin berkata, pihaknya akan membuat rayuan kepada Kementeria­n Dalam Negeri.

MYPPP buat rayuan

Katanya, MYPPP akan merayu kepada Menteri Dalam Negeri dan yakin kementeria­n akan memberikan kelulusan, untuk terus berdaftar di bawah kepemimpin­annya.

Kata beliau, keyakinan itu kerana segala tindakan pemecatan Tan Sri M Kayveas sebagai Presiden MYPPP, selain perjalanan proses sebelum dan selepas itu adalah berlandask­an Perlembaga­an Parti MYPPP.

Mengulas lanjut mengenai pembatalan itu, Maglin Dennis berkata, beliau menerima surat pembatalan dari Pendaftar Pertubuhan pada jam 3 petang semalam. Sementara itu di Cameron

Highlands, Kayveas juga berkata akan membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata, pihaknya mengesahka­n sudah menerima e-mel notis merah daripada ROS, serta turut maklum akan perkara itu melalui hebahan di media sosial.

“Kita ada 30 hari untuk membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

“Menteri boleh membuat keputusan sama ada menerima keputusan ROS, membuat pindaan terhadap keputusan itu atau boleh menyatakan untuk tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

“Selepas kita menerima keputusan daripada menteri, barulah kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? Maglin Dennis D’cruz
Maglin Dennis D’cruz
 ??  ?? M Kayveas
M Kayveas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia