Berita Harian

MATA WANG DIGITAL

Kini dikawal selia SC, tertakluk undang-undang sekuriti

- Oleh Shahrizan Salian

Bermula hari ini, mata wang digital dan token digital ditetapkan sebagai sekuriti dan akan dikawal selia oleh Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Ia susulan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmat­an (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019, yang mula berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penawaran instrumen berkenaan, berserta aktiviti yang berkaitan dengannya, akan memerlukan kebenaran dari SC dan perlu mematuhi undang-undang sekuriti serta peraturan yang berkenaan.

“Kementeria­n Kewangan berpandang­an bahawa aset digital, serta teknologi blockchain yang menjadi asas baginya, berpotensi untuk memperkena­lkan inovasi di dalam industri lama dan baharu.

“Secara khususnya, kami percaya bahawa aset digital mempunyai peranan untuk menjadi satu kaedah alternatif mendapatka­n dana oleh usahawan dan perniagaan yang baharu, serta sebagai kelas aset alternatif untuk pelabur,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata, SC akan menetapkan syarat yang berkenaan untuk menjalanka­n tawaran syiling permulaan (ICO) dan perdaganga­n aset digital serta pasaran aset digital di Malaysia.

Katanya, rangka kerja terbabit dijangka dilancarka­n sebelum penghujung suku pertama 2019.

Boleh dipenjara, denda

“Mana-mana orang yang menjalani aktiviti ICO atau mengendali­kan pasaran aset digital di Malaysia tanpa kelulusan SC boleh dihukum, apabila disabit, dengan penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM10 juta,” katanya.

SC dan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan lalu menegaskan bahawa penerbit ICO dan bursa aset digital yang terbabit dalam penerbitan atau urusan jual beli aset digital yang membabitka­n fungsi pembayaran, perlu mematuhi undang-undang dan peraturan BNM yang berkaitan dengan urusan pembayaran dan mata wang.

Di samping itu, penerbit ICO dan bursa aset digital adalah tertakluk kepada Garis Panduan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan SC.

ICO adalah kaedah pembiayaan menggunaka­n mata wang kripto.

 ??  ?? Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia