Berita Harian

ACG cadang kereta nasional ketiga guna LPG

Penggunaan bahan api alternatif lebih jimat, kurang pencemaran alam sekitar

- Oleh Mohd Anwar Patho Rahman dan Hazwan Faisal Mohamad

Astana City Group Sdn Bhd (ACG) berminat untuk terbabit dalam pembuatan projek kereta nasional ketiga yang akan dikuasakan menggunaka­n gas petroleum cecair (LPG) sepenuhnya, menggantik­an petrol sebagai bahan api.

Pembabitan syarikat yang diberikan kelulusan oleh kerajaan untuk memasarkan silinder komposit LPG bagi pasaran Malaysia itu boleh direalisas­ikan dengan rakan niaganya, Hyundai BS&E dari Korea Selatan dan PAP Econ Co Ltd dari Thailand.

Pengarah Urusan Astana City Group, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, berkata kertas cadangan mengenai projek kereta nasional ketiga itu telah diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri tahun lalu oleh rakan niaganya, PAP Econ.

Katanya, cadangan yang dikemukaka­n oleh pihaknya adalah teknologi kereta yang menggunaka­n LPG sebagai bahan api sepenuhnya.

“Jika kita lihat di Jepun sebagai contoh, kerajaan mereka telah mewajibkan semua teksi di sana menggunaka­n LPG. Bahan api ini adalah lebih menjimatka­n dan kurang mencemarka­n alam sekitar.

Kurangkan pelepasan karbon

“LPG mampu mengurangk­an sehingga 20 peratus pelepasan karbon berbanding petrol. Apa yang cuba kita bawa ke Malaysia ialah untuk meniru semula model yang terbukti berjaya di Jepun dan Korea Selatan untuk penggunaan kereta LPG,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran produk silinder komposit LPG 14 kilogram (kg) ACGAS di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran disempurna­kan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadir sama ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besar pelaburann­ya adalah daripada vendor dijangka dilancarka­n pada suku pertama 2019.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata rancangan jangka panjang syarikat itu berkaitan kereta nasional ketiga ialah membina stesen LPG di seluruh daerah di Malaysia, sekali gus menjana peluang ekonomi baharu untuk penduduk setempat.

Katanya, syarikat telah menghantar permohonan pembinaan stesen LPG kepada kerajaan pada Oktober tahun lalu dan kini menunggu maklum balas.

“Jika kerajaan bersetuju dengan permohonan kami, syarikat berca- dang untuk bekerjasam­a dengan MARA dan PETRONAS dari segi penyediaan tenaga kerja dan pembukaan stesen LPG,” katanya.

Sasar tiga juta tong setahun

Ditanya mengenai sasaran jualan produk silinder komposit LPG keluaran syarikat itu, Nik Mohd Fareez, berkata ia menyasarka­n jualan sebanyak tiga juta tong setahun yang bersamaan dengan tiga peratus penguasaan pasaran di Malaysia.

Syarikat itu juga merancang untuk melabur RM100 juta bagi membina kilang membuat silinder gas komposit di Pelabuhan Klang.

Fasa pertama kilang berkenaan akan mempunyai kapasiti untuk menghasilk­an 200,000 silinder sebulan bagi memenuhi permintaan pasaran di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Silinder komposit LPG 14 kg yang dikeluarka­n ACGAS dijual pada harga RM155 setong termasuk gas.

Kelebihan produk itu berbanding silinder gas sedia ada ialah lebih ringan, tidak mudah meletup, tahan karat dan mempunyai bacaan isipadu gas.

LPG mampu mengurangk­an sehingga 20 peratus pelepasan karbon berbanding petrol” Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, Pengarah Urusan Astana City Group

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH] ?? Dr Mahathir mengangkat produk silinder LPG dibantu Nik Mohd Fareez (dua dari kanan) pada majlis pelancaran sambil diperhatik­an Saifuddin (kiri) dan Rina di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH] Dr Mahathir mengangkat produk silinder LPG dibantu Nik Mohd Fareez (dua dari kanan) pada majlis pelancaran sambil diperhatik­an Saifuddin (kiri) dan Rina di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia