Berita Harian

Pelabur asing kembali ke pasaran tempatan

Pembelian bersih RM25.5J saham di Bursa Malaysia dicatat minggu lalu

- Oleh Nurhayati Abllah

Penjualan bersih asing di Bursa Malaysia selama sembilan minggu berturuttu­rut berakhir, apabila pelabur luar negara membuat belian bersih RM25.5 juta saham tempatan minggu lalu. Ia berbanding penjualan bersih RM54.4 juta pada minggu sebelumnya.

Penganalis­is MIDF Research, Adam M Rahim dalam laporan aliran dana mingguanny­a berkata, Isnin lalu menyaksika­n aliran keluar dana asing sebanyak RM86.3 juta, tertinggi dalam tempoh sembilan hari urus niaga, manakala bursa tempatan menambah 0.56 peratus untuk ditutup pada 1,679 mata.

Namun, katanya paras jualan saham asing bersih sedikit berkuranga­n pada hari berikutnya kepada RM75.9 juta.

“Jualan saham asing dalam tempoh sembilan minggu berakhir berikutan pendedahan pelabur luar pesisir dalam senarai saham bursa semakin meningkat.

“Rabu adalah titik perubahan bagi minggu ini kerana pelabur asing membeli saham berjumlah RM16.4 juta, sekali gus menghentik­an penjualan selama tiga hari.

“Ia selari dengan negara serantau Asia lain seperti Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Adam berkata, kepulangan pelabur asing ke Malaysia sudah dijangkaka­n di tengah-tengah sentimen serantau yang optimis hasil perbincang­an tiga hari antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Tingkatkan pegangan

“Pelabur asing secara beransuran­sur meningkatk­an pegangan mereka dalam saham yang disenaraik­an di bursa selepas itu hinggalah paras belian saham asing mencecah RM106.7 juta pada Jumaat.

“Ini adalah aliran masuk saham asing harian tertinggi dalam tempoh hampir sebulan dengan dipengaruh­i banyak sokongan bukan hanya daripada kemajuan hubungan perdaganga­n As-china, tetapi juga dalam harga minyak mentah Brent yang semakin meningkat di tengahteng­ah pengeluara­n bekalan daripada Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC),” katanya.

Setakat 2019, beliau berkata, belian dana asing ekuiti tempatan berjumlah RM7.2 juta atau AS$1.9 juta

“Sebagai perbanding­an dengan dua negara ASEAN lain, pemantauan ke atas Filipina dan Indonesia mendapati Malaysia mempunyai aliran masuk dana asing terendah bagi asas tahunan.

“Manakala Thailand, adalah satu-satunya rakan ASEAN yang memiliki aliran keluar dana asing berjumlah AS$175.7 juta,” katanya.

Jualan saham asing dalam tempoh sembilan minggu berakhir berikutan pendedahan pelabur luar pesisir dalam senarai saham Bursa semakin meningkat” Adam M Rahim, Penganalis­is MIDF Research

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia