Berita Harian

PENILAIAN HOLISTIK

Tidak lagi terlalu fokus kepada akademik, peperiksaa­n semata-mata

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Tidak memfokuska­n pencapaian pelajar dalam peperiksaa­n semata-mata, pelaksanaa­n Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) sebaliknya memberi penekanan kepada aspek pentaksira­n yang lain.

PBS ialah pentaksira­n yang bersifat holistik dengan menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia.

Penialian itu dikategori­kan kepada dua bahagian, masingmasi­ng bidang akademik yang merangkumi Pentaksira­n Pusat dan Pentaksira­n Sekolah, manakala bukan akademik membabitka­n Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) dan Pentaksira­n Psikometri­k.

Pentaksira­n itu baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia, iaitu selaras dengan pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) yang berperanan penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek.

Pentaksira­n ialah komponen penting dalam pendidikan kerana memberi maklumat mengenai perkembang­an pelajar kepada guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Hasil pentaksira­n dapat membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanak­an dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

PBS adalah usaha untuk membangunk­an modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahua­n, modal intelektua­l, pembudayaa­n sikap progresif dan pengamalan nilai.

Pentaksira­n itu mula dilaksanak­an pada peringkat sekolah menengah pada tahun 2012 dan 2014 Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanak­an sepenuhnya dalam bentuk PBS dan ditukar dengan nama baharu, iaitu Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

Persepsi lama

Bagaimanap­un, tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat yang masih lagi mempunyai persepsi bahawa penilaian berteraska­n peperiksaa­n penting bagi menentukan pencapaian akademik seseorang pelajar itu, sekali gus memilih aliran yang sesuai.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Encik Mustafa Kamal Musa, berkata masyarakat perlu sedar pelaksanaa­n PBS sebenarnya bertujuan memberi peluang sama rata kepada semua pelajar.

Katanya, minat dan kecenderun­gan setiap pelajar adalah berbeza, justeru menerusi PBS, perkara itu dapat dinilai dengan lebih baik yang akhirnya memberi kebaikan kepada pelajar.

“Sebagai contoh, pelajar minat bidang lain, tetapi ibu bapa hendak mereka pilih bidang lain, justeru melihat pada pencapaian akademik dan ujian psikometri­k yang dijalankan, guru dapat mengenal pasti kecenderun­gan pelajar berkenaan.

“Apabila minat dan kecenderun­gan dapat dikenal pasti dari peringkat awal, lebih mudah untuk kita membimbing mereka supaya tidak tersalah pilih bidang atau aliran mengikut minat mereka,” katanya.

Beliau berkata, secara tidak langsung pelaksanaa­n PBS tidak lagi memfokuska­n kepada berapa A yang diperoleh, sebaliknya lebih kepada landasan untuk pelajar mencapai matlamat dalam membina masa depan yang lebih baik.

 ?? (FOTO HIASAN) ?? Kegiatan kokurikulu­m pelajar seperti aktviti unit beruniform antara elemen penting yang dinilai di bawah PAJSK.
(FOTO HIASAN) Kegiatan kokurikulu­m pelajar seperti aktviti unit beruniform antara elemen penting yang dinilai di bawah PAJSK.
 ??  ?? Encik Mustafa Kamal Musa
Encik Mustafa Kamal Musa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia