Berita Harian

Inspirasi, disiplin keluarga renang

Zulluqman mula aktif dalam sukan akuatik sejak berusia 7 tahun

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

l

Abhminda@bh.com.my dan bapa saya mempunyai kemahiran berenang. Abangabang saya juga ialah perenang hingga ke peringkat negeri, manakala adik perempuan menyertai pertanding­an hingga ke peringkat kebangsaan. Sejak menceburi sukan ini, tiada masalah dalam pembahagia­n masa antara pelajaran dengan renang. Saya berlatih renang pada setiap hari Selasa hingga Jumaat selama dua jam, bermula 7.30 malam hingga 9.30 malam. Biasanya, saya akan menggunaka­n waktu terluang untuk menyiapkan tugasan sekolah, selain waktu selepas solat Subuh untuk mengulang kaji pelajaran. Syarikat, Michael Phelps ialah idola saya dalam sukan ini. Kemampuan beliau memecahkan banyak rekod renang dalam temasya Sukan Olimpik menjadi inspirasi buat diri saya untuk berjaya dalam sukan ini. Dalam negara pula, saya mengagumi Daniel Bego kerana pernah berpeluang berlatih renang di kolam yang sama dengannya di Pusat Akuatik Bukit Jalil. Dari situ, saya begitu kagum melihat kesungguha­nnya sepanjang menjalani latihan. Sukan renang banyak mendidik dan mendisipli­nkan saya kerana sukan ini memerlukan latihan yang berterusan sepanjang tahun. Sebagai seorang perenang, kita dapat menguji keupayaan diri sendiri dan bersaing secara sihat dengan orang lain. Perkara ini sangat membantu mengembang­kan daya pemikiran dalam bidang pelajaran juga. Mendisipli­nkan diri bukan sahaja dari segi latihan, malah dari segi pengambila­n makanan harian juga harus dijaga dengan baik bagi mengekalka­n stamina dalam bersukan. Saya berharap sukan renang akan menjadi sukan popular dalam kalangan pelajar Melayu di negara ini pada masa hadapan, selain lebih banyak kemudahan kolam renang dan pusat akuatik disediakan di negara ini. Dalam bidang pelajaran pula, saya mahu membuktika­n kepada orang ramai bahawa aktif sukan bukan penghalang untuk seseorang berjaya melanjutka­n pelajaran di manamana universiti sama ada di dalam dan luar negara. Saya juga ber harap suatu hari nanti dapat berkongsi ilmu renang dengan orang lain dan mahu semua tahu bahawa sukan bukan penghalang untuk berjaya dalam akademik.

 ??  ??
 ??  ?? Zulluqman (dua dari kanan) bersama ahli keluarga yang banyak menyokong aktiviti sukan akuatik beliau.
Zulluqman (dua dari kanan) bersama ahli keluarga yang banyak menyokong aktiviti sukan akuatik beliau.
 ??  ?? Aksi Zulluqman dalam kejohanan renang yang disertainy­a.
Aksi Zulluqman dalam kejohanan renang yang disertainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia