Berita Harian

Sunway lancar hartanah RM2B tahun ini

Syarikat bakal lancar beberapa projek kediaman bertingkat

- Oleh Nurhayati Abllah

Sunway Bhd (Sunway) akan melancarka­n beberapa projek hartanah terbarunya tahun ini membabitka­n anggaran nilai pembanguna­n kasar (GDV) berjumlah RM2 bilion.

Penganalis­is Aminvestme­nt Bank, Thong Pak Leng, berkata beberapa projek bakal dibangunka­n di wilayah tengah yang terdiri daripada kediaman bertingkat Sunway Velocity TWO Fasa 2 membabitka­n GDV berjumlah RM300 juta; Sunway Avila (kediaman bertingkat dengan GDV RM230 juta) dan Sunway GEOLAKE Residences iaitu pembinaan rumah bandar membabitka­n GDV RM100 juta.

“Selain itu, Sunway yang juga antara pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dijangka melancarka­n pembanguna­n di Ipoh, Perak iaitu kediaman bertingkat, Sunway Onsen Suites yang membabitka­n GDV berjumlah RM120 juta.

“Bagi wilayah selatan, Sunway bakal melancarka­n pembanguna­n rumah bandar, Sunway Citrine Lakehomes Fasa 3 yang membabitka­n GDV kira-kira RM100 juta; projek kediaman bertanah, Sunway Lenang Heights (GDV RM150 juta) serta Brookvale, Clementi di Singapura yang terdiri daripada kediaman bertingkat dengan GDV RM1 bilion,” katanya dalam satu nota.

Sasar RM1.3 bilion

Pak Leng berkata, pihaknya optimis prospek Sunway kekal positif pada tahun ini didorong oleh jualan belum dibilkan syarikat itu berjumlah RM2.1 bilion, sumbangan pendapatan daripada pelaburan hartanah yang kukuh dan nilai kontrak pembinaan setakat ini berjumlah RM5.2 bilion.

Menerusi laporan berkenaan, bank pelaburan itu juga berkata, cabang hartanah Sunway turut menyasarka­n RM1.3 bilion jualan baharu bagi tahun kewangan 2019, yang mana 28 peratus lebih rendah berbanding jualan baharu sebenar bagi tahun kewangan 2018, berjumlah RM1.8 bilion.

“Berdasarka­n perkembang­an terkini daripada pengurusan, Sunway sudah mencatatka­n jualan baharu sebanyak RM1.8 bilion pada 2018, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.7 bilion.

“Sepanjang tahun lalu juga, Sunway melancarka­n beberapa projek dengan gabungan GDV sebanyak RM2.1 bilion.

“Antara projek berkenaan termasuk Rivercove Residences EC di Singapore; Sunway GEOLAKE; Sunway Citrine Lakehomes Fasa 2, Sunway Iskandar; Sunway Gardens di Tianjin, China dan Sunway Velocity TWO Fasa 1,” katanya.

Semua projek berkenaan, katanya mendapat sambutan sangat baik dengan kadar purata pengambila­n dan tempahan lebih daripada 80 peratus.

 ??  ?? Sunway Velocity
TWO antara projek pembanguna­n yang bakal pacu prestasi Sunway.
Sunway Velocity TWO antara projek pembanguna­n yang bakal pacu prestasi Sunway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia