Berita Harian

Sime Darby sukar jual minyak sawit mesra alam

-

Sime Darby Bhd, pengeluar sawit terbesar dunia sedang meningkatk­an usaha untuk menghasilk­an komoditi yang lebih lestari, namun pengguna tidak mahu membayar lebih untuk bekalan sawit mesra alam sekitar.

Pengeluara­n minyak sawit lestari melonjak kepada 13.6 juta tan setahun, kira-kira 20 peratus daripada pengeluara­n global, menurut badan industri yang memperakui komoditi berkenaan.

Bagaimanap­un, hanya separuh daripadany­a dijual sebagai minyak lestari. Ia lebih mahal untuk dihasilkan dan majoriti tidak mampu membayar premium berkenaan, kata Sime Darby.

“Pembeli tidak mahu membayarny­a,” kata Ketua Pegawai Kelestaria­n Sime Darby, Simon Lord.

Minyak sawit semakin dihimpit kontrovers­i, terutama di negara Barat berikutan imej kemusnahan hutan dan kematian orang utan menjadi popular.

Bagaimanap­un, pengeluar membidas semula dengan mengatakan pengguna tidak bersedia untuk berbelanja lebih walaupun itu adalah keperluan.

Minyak yang diperakui biasanya dijual pada harga premium kira-kira AS$30 satu tan berbanding jenis yang tidak diperakui, walaupun ia boleh berbezabez­a bergantung kepada jumlah yang dibeli serta rundingan antara pembeli dan penjual.

Kos pengeluar

Bagi mendapatka­n persijilan, ia memerlukan kos pengeluar sekurang-kurangnya AS$8 hingga AS$12 satu tan dan terdapat tambahan perbelanja­an seperti yuran audit, logistik dan penilaian alam sekitar, kata Sime Darby, pengeluar terbesar minyak kelapa sawit lestari (CSPO).

Niaga hadapan penanda aras komoditi itu didagangka­n pada RM2,175 (AS$531) satu tan semalam.

Sime Darby berkata, ia hanya boleh menjual kirakira 50 peratus minyak diperakui pada harga premium, dengan bakinya dijual ke dalam pasaran minyak bukan diperakui tanpa mencapai sebarang nilai tambah.

Beberapa syarikat terpaksa menjual CSPO, dan rela berbuat demikian daripada terus menyimpann­ya, kata Penganalis­is Kanan Rabobank Internatio­nal, Oscar TJAKRA. BLOOMBERG

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia