Berita Harian

Malaysia Airlines perkenal semula laluan Kl-kochi

Syarikat tawar promosi khas tempoh perjalanan 31 Mac hingga 31 Ogos 2019

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Malaysia Airlines memperkena­lkan semula perkhidmat­an ke Kochi, India dengan penerbanga­n rasmi pertamanya pada 31 Mac ini.

Syarikat penerbanga­n nasional itu akan terbang secara harian ke Kochi dengan kod penerbanga­n MH108 menggunaka­n pesawat B737-800. Ia akan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 10.40 malam dan tiba ni Kochi pada jam 12.01 pagi hari berikutnya.

Penerbanga­n pulang menggunaka­n kod MH109 pula akan berlepas dari Kochi pada jam 1 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada 7.50 pagi hari yang sama.

Permintaan meningkat

Ketua Eksekutifn­ya, Kapten Izham Ismail, berkata Malaysia Airlines mengembali­kan semula laluan Kuala Lumpur-kochi kerana permintaan yang semakin meningkat terhadap laluan berkenaan.

“India adalah pasaran yang penting buat kami dan langkah mengembali­kan semula penerbanga­n terus ke Kochi adalah baik untuk perniagaan.

“Baru-baru ini, kami juga meningkatk­an kapasiti laluan Kuala Lumpur-mumbai dengan menukar satu daripada pesawat B373-800 kepada pesawat A330-300 yang lebih besar. Ini menunjukka­n bahawa kami komited dengan pasaran India,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sempena dengan penerbanga­n rasmi itu, Malaysia Airlines juga mengadakan promosi khas bagi tempoh perjalahan dari 31 Mac hingga 31 Ogos 2019.

Bermula semalam hingga 20 Januari depan, pelanggan boleh membuat tempahan perjalanan ke Kochi pada harga serendah RM299 untuk penerbanga­n pergi balik bagi kelas ekonomi dan serendah RM899 untuk kelas perniagaan.

Harga tambang khas ini termasukla­h peruntukan bagasi 30 kilogram bagi kelas ekonomi dan 40 kilogram (kelas perniagaan) serta makanan dan sistem hiburan di dalam pesawat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia