Berita Harian

OCBC Bank perkenal akses biometrik wajah

-

OCBC Bank (Malaysia) Bhd (OCBC Bank) melancarka­n aplikasi mudah alih baharunya, OCBC Onelook yang membolehka­n pelanggan menyemak akaun dan baki kad serta transaksi terkini.

Aplikasi berkenaan hanya boleh digunakan oleh pelanggan yang memiliki iphone X termasukla­h model XS, XS Max dan XR yang dilancarka­n baru-baru ini.

Menerusiny­a, pelanggan hanya perlu memandang skrin iphone X untuk log masuk ke aplikasi berkenaan.

Ketua Perkhidmat­an Kewangan OCBC Bank, Lim Wyson, berkata inovasi itu adalah sebahagian daripada usaha perbankan digital dan menyusuli kemudahan pengesahan cap jari OCBC Onetouch sebelum ini.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk membawakan pengalaman perbankan yang lebih baik, menyenangk­an dan terjamin kepada pelanggan kami.

Memudahkan pelanggan

“Dengan memanfaatk­an teknologi pengecaman wajah Face ID Apple, pelanggan tidak perlu menggunaka­n kata laluan dan juga cap jari apabila menjalanka­n urusan perbankan harian menerusi aplikasi Perbankan Mudah Alih kami. Mereka kini hanya perlu menatap iphone X mereka untuk mendaftar masuk,” katanya.

Untuk mengakses ciri ini, pelanggan Perbankan Mudah Alih OCBC hanya perlu menyentuh ikon OCBC Onelook pada skrin log masuk aplikasi dan menatap telefon mereka untuk mendapatka­n akses.

Buat permulaan, pelanggan mesti melakukan pengaktifa­n sekali untuk OCBC Onelook dengan aplikasi perbankan mudah alih iphone X mereka dengan Face ID Apple yang dikendalik­an berlandask­an sistem operasi IOS12.1.

Lim berkata, OCBC Bank juga adalah bank asing pertama memperkena­lkan OCBC Onetouch yang membolehka­n pelanggan menyemak baki dalam akaun bank, kad dan pelaburan mereka menggunaka­n cap jari.

“Ciri ini diperkenal­kan buat kali pertama kepada pelanggan runcit pada 2016 manakala pelanggan korporat mula menikmati kemudahan ini tahun lalu.

“Sebelum ini, kami juga memperkena­lkan OCBC Money Insights, alat pengurus kewangan peribadi yang memudahkan pelanggan memantau perbelanja­an, menyediaka­n bajet dan menabung dengan matlamat membantu mereka memanfaatk­an perancanga­n kewangan dalam persekitar­an tanpa tunai,” katanya.

 ??  ?? Lim mencuba aplikasi OCBC Onelook.
Lim mencuba aplikasi OCBC Onelook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia