Berita Harian

FBM KLCI susut 7.06 mata

Jualan kaunter indeks, kerugian saham mewah heret turun pasaran

-

Bursa Malaysia kembali rendah secara menyeluruh semalam selepas mencatat keuntungan minggu lalu, berikutan minat terhadap risiko yang lemah selain jualan di kebanyakan kaunter berkaitan indeks, kata peniaga.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.06 mata kepada 1,676.16 berbanding 1,683.22 pada penutupan Jumaat.

Indeks bergerak antara 1,672.27 dan 1,684.19 sepanjang hari.

Kerugian oleh Petronas Chemicals mengheret turun indeks komposit sebanyak 4.913 mata selepas saham syarikat itu susut 35 sen kepada RM8.35, manakala Petronas Dagangan megheret turun indeks sebanyak 1.046 mata.

Berdasarka­n kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 557 berbanding 286 manakala 292 kaunter tidak berubah, 727 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.18 bilion saham bernilai RM1.42 bilion berbanding 2.89 bilion saham bernilai RM2.17 bilion pada Jumaat lalu.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM9.43, Public Bank turun enam sen kepada RM24.70, manakala Tenaga dan CIMB masingmasi­ng menyusut RM13.86 dan RM5.65.

Perisai yang dagangan sahamnya digantung pada 22 Januari susulan cadangan pelan regularisa­si oleh Bursa Malaysia Securities Bhd, adalah kaunter paling aktif didagangka­n hari ini, merosot 2.5 sen kepada setengah sen.

Kaunter aktif menyaksika­n Tatt Giap susut 3.5 sen kepada 14.5 sen, Sapura Energy turun setengah sen kepada 30.5 sen, manakala Bumi Armada tidak berubah pada 16.5 sen. Hubline dan Protasco masing-masing menambah setengah sen dan 3.5 sen kepada enam sen dan 29.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 59.78 mata kepada 11,558.25, Indeks FBMT 100 merosot 55.00 mata kepada 11,446.22 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 99.66 mata kepada 11,467.81.

Indeks FBM Ace susut 33.61 mata kepada 4,424.49 dan FBM 70 turun 92.99 mata kepada 13,498.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an dan Produk Perusahaan merosot 3.55 mata kepada 161.32, Indeks Kewangan turun 20.63 mata kepada 17,395.00 manakala Indeks Perladanga­n turun 12.42 mata kepada 7,105.22.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.61 bilion saham bernilai RM1.31 bilion berbanding 2.16 bilion saham bernilai RM2.04 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran turun kepada 311.57 juta unit bernilai RM59.18 juta berbanding 360.78 juta bernilai RM70.44 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga merosot kepada 257.37 juta saham bernilai RM48.35 juta berbanding 371.18 juta saham bernilai RM60.20 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang sejumlah 224.17 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan produk perusahaan (350.94 juta), pembinaan (168.41 juta), teknologi (142.92 juta), SPAC (577,500), perkhidmat­an kewangan (22.97 jutan), hartanah (94.29 juta), perladanga­n (37.02 juta), REIT (7.18 juta), dana tertutup (3,000), tenaga (425.09 juta), penjagaan kesihatan (39.41 juta), telekomunk­asi dan media (16.80 juta), pengangkut­an dan logistik (68.59 juta), dan utiliti (15.62 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia